CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Sabah] Wanita demam, sesak nafas dibawa turun dari Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 23-12-2021 06:34 PM | Show all posts |Read mode


DEMAM: Mangsa yang demam dan sesak nafas dibawa turun ke Timpohon Gate.

RANAU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) menjalankan operasi membawa turun seorang pendaki wanita yang mwngalami sesak nafas dan demam di restoran Laban Rata Gunung Kinabalu di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata kejadian jam 9.30 pagi itu membabitkan mangsa berumur 32 tahun.

“Panggilan kecemasan diterima jam 9.30 pagi sebelum kita menggerakkan pasukan Mosar dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Ranau serta malim gunung untuk tindakan penyelamatan.

“Mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate memggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital menaiki kenderaan EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata operasi ditamatkan jam 2.30 petang.


utusanborneo.com.my/2021/12/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.303453 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list