CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Sabah] Polis buru lelaki tikam wanita di Tambunan

[Copy link]
Post time 23-12-2021 01:11 PM | Show all posts |Read mode


KENINGAU: Polis giat menjalankan operasi mengesan seorang individu yang dipercayai menikam sebelum melarikan wang tunai sebanyak RM120,000 daripada seorang wanita kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata kejadian terbabit berlaku di hadapan sebuah bank di Tambunan semasa mangsa yang juga kerani wanita di sebuah pasa raya dalam perjalanan menyimpan wang majikannya itu.

“Ketika kejadian mangsa yang ditemani rakannya keluar dari kereta menuju ke dalam premis itu untuk memasukkan wang hasil jualan ke dalam bank.

“Mangsa bagaimanapun kembali ke dalam kenderaan kerana terlupa membawa bersama kad pengenalannya sementara rakannya menunggu di dalam bank,” katanya.

Beliau berkata semasa dalam perjalanan itu mangsa diserang sebelum ditikam seorang individu tidak dikenali yang berpakaian baju hitam serta bertopi keledar.

“Mangsa berumur 20-an itu ditikam di bahagian perut dan beg duit mangsa dilarikan individu terbabit.

“Mangsa yang cedera di bahagian perut dikejarkan ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya pihak polis kini giat mengesan suspek dengan menjalankan Op Tutup di sekitar pekan Tambunan selain polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara ini dan mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.


utusanborneo.com.my/2021/12/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032775 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list