CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

[Sarawak] S’wak temui penawar Covid-19

[Copy link]
Post time 23-12-2021 12:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak berjaya memperoleh rawatan antibodi Ronapreve bagi merawat pesakit Covid-19 kategori 4, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, Ronapreve ialah satu lagi senjata untuk pakar perubatan melawan wabak tersebut dan digunakan mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa dijangkitinya pada tahun lalu ketika fasa percubaan.

Tambahnya, kejayaan Sarawak mendapat ubat itu juga rekod bersejarah kerana belum terdapat hospital awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Malaysia yang memperoleh ubat itu.

“Terima kasih kepada Kumpulan Penasihat Covid-19 Sarawak (Scovag) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kerana berjaya memperoleh Ronapreve untuk pesakit Covid-19 kategori 4.

“Malah, hospital awam di Sarawak satu-satunya hospital yang mempunyai ubat ini yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan KKM pada 14 Disember lalu,” katanya.

Menurutnya, Scovag dan JPBN menjalankan misi bagi pihak Kerajaan Sarawak (sejak pembubaran Dun pada 3 November) demi memastikan kesinambungan perkhidmatan untuk rakyat Sarawak termasuk bagi mendapatkan ubat tersebut.

“Sarawak bernasib baik kerana berjaya mendapat ubat yang sangat diperlukan di seluruh dunia ini kerana penglibatan Roche (Malaysia) Sdn Bhd sejak awal lagi,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menyediakan peruntukan untuk ubat-ubatan yang sangat mahal yang menelan belanja beribu-ribu ringgit untuk satu dos tersebut sebelum pembubaran Dun.

“Seperti yang selalu dikatakan, nyawa rakyat Sarawak kita lebih berharga daripada hanya beberapa ribu ringgit,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Kerajaan Sarawak juga mendahului Kerajaan Persekutuan apabila terlebih dahulu membeli ubat tersebut.

Terdahulu pada 14 Disember, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke- 367 yang bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi rawatan antibodi Ronapreve untuk pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Ronapreve mengandungi bahan aktif Casirivimab dan Imdevimab pada kekuatan 120mg/ml digunakan bagi rawatan pesakit dewasa dan remaja berusia 12 tahun ke atas dengan berat sekurang- kurangnya 40 kilogram, tidak memerlukan oksigen tambahan atau berisiko dijangkiti ke tahap lebih teruk.

Pemegang pendaftaran bagi ubat ini ialah Roche (Malaysia) Sdn Bhd dan ia dikilangkan oleh F Hoffman- La Roche Ltd di Switzerland.


by ZARINA ABDULLAH

December 23, 2021
suarasarawak.my/2021/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038949 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list