KUCHING: Kemunculan sebuah parti baharu di peringkat nasional menandakan PRU ke-15 semakin hampir.
Parti Bangsa Malaysia (PBM) parti yang dahulu dikenali dengan nama Sarawak Worker Party (SWP).
Parti yang diasaskan oleh Larry Sng Wei Shien pada 2012 ialah serpihan daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Barisan Rakyat Sabah (SPF), sebelum menjadi Parti Pekerja Sarawak (SWP).
Larry ialah presiden pertamanya.
Kini SWP bertransformasi menjadi Parti Bangsa Malaysia (PBM) dengan Larry menjadi Timbalan Presidennya.
Larry sebelum ini pernah menyertai PKR sebelum mengundurkan diri menjadi Ahli Parlimen Bebas menyokong kerajaan, semasa krisis kepimpinan Kerajaan Persekutuan awal Mac 2020.
PBM yang diketuai oleh Mohamad Sukri Yusri sebagai presidennya dilancarkan kelmarin setelah Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 November bagi melantik kepemimpinan baharu parti.
Nama besar seperti Datuk Zuraida Kamarudin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dikaitkan mempunyai kedekatan dengan parti itu dan bakal menjadi salah seorang dalam barisan kepimpinannya.
sarawakvoice.com/2021/12/22 |