CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 0

Wanita Berjaya Tukar Rumah Dengan 'Bobby Pin' Je!

[Copy link]
Post time 22-12-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pempengaruh (influencer) TikTok di San Francisco yang bermula dengan satu pin rambut pada Mei 2020, berjaya memperoleh sebuah rumah di Tennessee setelah 28 kali pertukaran selama satu setengah tahun di laman pengiklanan Craigslist, lapor United Press International (UPI) semalam.




Kredit foto: TikTok/New York post




Demi Skipper, 30, memulakan kempen ‘Trade Me Project’nya di TikTok setelah mendapat inspirasi daripada Kyle McDonald yang melaksanakan projek serupa pada 2006 dan berjaya mendapat sebuah rumah setelah bermula dengan klip kertas berwarna merah.








Skipper berkata, beberapa pengikutnya mula hilang kepercayaan apabila dia menukar tiga buah trektar dengan satu kad Chipotle iaitu kad yang diberi kepada selebriti-selebriti untuk menerima ‘burritos’ percuma selama setahun.


Bagaimanapun, dia berjaya menukar kembali kad tersebut kepada sebuah treler berkuasa solar berharga AS$40,000 (RM 168,200) dan kemudian dijual untuk mendapatkan rumah di Montgomery.


"Ia sangat nyata. Setelah berusaha selama satu setengah tahun dan berjaya, saya berfikir adalah perkara ini nyata? Adakah rumah itu milik saya?" jelas Skipper kepada agensi berita NBC News.




Kredit foto: TikTok/New York post





Skipper dan suaminya merancang untuk berpindah pada Januari akan datang untuk mengubah suai rumah mereka.


Dia malah enggan mengakhiri projeknya dan merancang untuk melakukannya sekali lagi.




Kredit foto: TikTok/New York post




"Saya mahu beri rumah seterusnya kepada yang memerlukan tanpa meletakkan gadaian dan sewaan. Ramai yang melakukan projek ini sebelum ini, tetapi tiada yang melakukannya dua kali," katanya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052809 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list