CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 0

[Sarawak] Curi duit kuil, dua sekawan dipenjara

[Copy link]
Post time 22-12-2021 05:53 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Dua sekawan masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri duit derma milik sebuah kuil di Jalan Kuching-Serian, di sini.

Tertuduh Pui Vui Siong, 21, dan Jap Yu Hon, 23, masing-masing didakwa secara bersama mencuri duit derma berjumlah RM1,500 milik Kuil Chung Yang Tua Pek Kong Beratok, Lorong 2, Batu 21, Jalan Kuching-Serian, di sini, dalam satu kejadian pada 16 September lalu, jam lebih kurang 9 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan kes, penjaga tokong (pengadu) menyedari peti besi duit derma yang dikimpal telah dipotong oleh orang tidak dikenali.

Pengadu seterusnya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada kuil tersebut dan ternampak kedua-dua tertuduh.

Difahamkan, kedua-dua penganggur tersebut mencuri dengan niat untuk membeli dadah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Mohd Idzuan Sukrie Zamhari, 24, untuk dikuatkuasakan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 4 Disember lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 4 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.30 pagi di kediamannya di Kampung Segedup, Batu Kawa di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2021/12/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061473 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list