Edited by Vellfire at 21-12-2021 01:01 PM
31 kes Covid-19 hari ini di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 31 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 252, 064.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 31 kes adalah daripada kategori 1 dan 2 dan tiada kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.
“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 10 kes, diikuti Lawas (7), Sibu (6), Miri (2), Bintulu (1), Lundu (1), Serian (1), Tanjung Manis (1), Tatau (1) dan Subis (1),” katanya.
Tambah JPBN, tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan setakat hari ini.
sarawakvoice.com/2021/12/21 |