CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 0

[Sarawak] Bidayuh mahukan lebih banyak pembangunan

[Copy link]
Post time 21-12-2021 06:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kemenangan GPS di semua lapan kerusi Dun majoriti Bidayuh adalah mesej jelas bahawa komuniti berkenaan mahukan kerajaan membawa lebih banyak pembangunan di kawasan mereka, kata Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Austin Dimin.

“Komuniti Bidayuh mahu bersama kerajaan yang boleh terus membawa banyak pembangunan di kawasan Bidayuh.

“Kami bertuah kerana telah bersama kerajaan selama ini tidak seperti dahulu apabila Adun kami berada dalam parti politik yang berbeza dan suara kami tidak kuat,” katanya yang dihubungi, semalam.

Dalam PRN-12 kelmarin, GPS berjaya menang di lapan kerusi Dun majoriti Bidayuh termasuk Opar, yang sebelum ini disandang oleh Ranum Mina yang menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Kerusi Opar dimenangi oleh Billy Sujang, Tasik Biru (Datuk Henry Jinep), Serembu (Miro Simuh), Mambong (Datuk Dr Jerip Susil), Tarat (Datuk Roland Sagah Wee Inn), Tebedu (Dr Simon Sinang Bada), Kedup (Martin Ben) serta Bukit Semuja (John Illus).

Mengulas mengenai kemenangan luar biasa GPS, Austin menyifatkan ia membuktikan anak Sarawak hanya mahukan orang Sarawak untuk mentadbir negeri ini.

“Anak Sarawak mahu orang Sarawak mentadbir negeri ini kerana kita tahu orang kita sendiri dan keperluan mereka.. .GPS tahu semua ini,” katanya.


by suaraswk
December 21, 2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.171477 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list