CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 2

Padah Cerewet, Lelaki Diracun Kekasih

[Copy link]
Post time 21-12-2021 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Berang dengan perlakuan teman lelaki yang cerewet menyebabkan seorang wanita di Jacksonville, Amerika Syarikat (AS) meracuni lelaki itu.


Wanita terbabit membuat keputusan tanpa berfikir panjang dengan meletakkan racun dalam minuman teman lelakinya.


Alvis Parrish, 54, menghadapi tuduhan meletak racun dalam makanan atau air dengan niat untuk membunuh atau mencederakan seseorang.




Gambar hiasan




Menurut laporan NBC, wanita terbabit ditahan di Balai Polis Jacksonville selepas pegawai penyiasat menjalankan siasatan di rumah pasangan itu.


Namun, ketika pegawai polis tiba, wanita terbabit yang berada di depan rumah memanggil pasukan siasatan.


Ketika dihampiri polis, wanita terbabit terus membuka rahsia dia bertanggungjawab atas kejadian itu.


"Saya meracuninya (teman lelaki) kerana dia terlalu cerewet.


"Saya memberinya racun yang cukup untuk melemahkannya sebelum memanggil kamu," katanya.


Beliau berkata, dia tidak kisah apa saja yang berlaku terhadap teman lelakinya itu asalkan mereka tidak lagi kekal bersama.


Mangsa yang ditemui kelihatan begitu lemah dan mengakui sukar untuk bernafas.


Parrish meletak sejenis racun yang boleh menyebabkan sesiapa yang minum akan berasa mengantuk.


"Saya tidak pasti tujuan dia meletakkan bahan itu ke dalam minuman saya," kata mangsa.


Doktor menggunakan ubat berkenaan sebagai ubat tidur selain digunakan untuk bipolar dan skizofrenia.


Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.


Polis juga sudah menemui bahan yang digunakan dalam kejadian itu yang disorokkan suspek di dalam rumah.


Parrish kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 02:13 PM | Show all posts
Bila hilang pertimbangan apa saja berani dilakukan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 04:06 PM | Show all posts
hidup cerewet sgt org pon bosan, bukan tak boleh cerai kalau boleh nak pupuskan terus spesis mcm ni hahah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.401773 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list