CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 3

Wanita Janggal Kongsi Bilik Bersalin Dengan Bekas Kekasih

[Copy link]
Post time 21-12-2021 11:32 AM | Show all posts |Read mode
New York: Seorang wanita menerusi video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok memberitahu dia berdepan dengan situasi janggal ketika menjalani pemeriksaan kandungannya.


Hal ini kerana, Maddy Cifelli tidak menyangka akan berkongsi bilik bersalin dengan bekas kekasih dan isterinya.




Foto: Tiktok




“Saya mengalami komplikasi ketika usia kandungan memasuki 25 minggu dan saya dimasukkan ke sebuah bilik sambil menunggu doktor datang untuk membuat pemeriksaan.


“Semasa menunggu, saya dimaklumkan jururawat bahawa saya perlu berkongsi bilik dengan seorang lagi pesakit dan ketika itu saya melihat bekas kekasih saya dan isterinya berjalan masuk ke dalam bilik kami,” katanya.


Jelas Cifelli, keadaan janggal itu ‘diselamatkan’ oleh langsir antara katil dan kedua-dua pasangan itu hanya mendiamkan diri.


Video itu mendapat banyak reaksi daripada pengguna TikTok yang kebanyakannya menganggap situasi itu lucu dan pada masa sama ‘mengujakan’.


‘Jika saya di tempat anda, mungkin saya akan pengsan’, tulis seorang pengguna.


Sementara itu, Cifelli memaklumkan, bekas kekasihnya itu merupakan pasangannya di sekolah tinggi. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 12:41 PM | Show all posts
Nmpk sgt laki tu berselingkuh tu yg diam jaahhh dan bini x berkutik ekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 12:48 PM | Show all posts
Mesti yang dibalik langsir tu pun perasan tapi mungkin purak2 tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 01:04 PM | Show all posts
benda tiktok pun masuk dalam news....

generasi strawberi celup coklat betul la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.173541 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list