CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4115|Reply: 36

Susah Nak Marah, Sophia Albarakbah Rasa Diri Gagal

[Copy link]
Post time 21-12-2021 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Sedar status dirinya yang baru setahun jagung dalam industri seni hiburan selaku anak wayang, Sophia AlBarakbah tidak ‘kemaruk’ untuk mengejar populariti.


Bagi pelakon berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab itu, bergelar seorang pelakon bukanlah suatu kerjaya yang dia impikan sejak kecil.


Rezekinya bergelar selebriti semuanya terjadi secara tiba-tiba tanpa dirancang. Memulakan langkah awal apabila diajak seorang kenalan menghadiri sesi uji bakat sebuah filem, tuah ternyata mengubah hidupnya apabila bakatnya dihidu.


Foto: IG




Bermula dari saat itu, setiap kali dia pergi menjalani uji bakat, rezeki pasti akan memihak padanya.


Sebagai wajah baharu, Sophia menganggap situasi dimarahi pengarah di set penggambaran sebagai lumrah untuk mengajarnya menjadi pelakon yang lebih baik.


“Jadi saya fikir, mungkin rezeki saya sebenarnya dalam bidang seni sebagai seorang pelakon. Saya sendiri sebenarnya tidak sangka menjadi pelakon, lebih-lebih lagi kerana saya seorang yang pemalu sebenarnya.


“Alhamdulillah. Saya bermula dengan lakonan dalam filem sebelum kemudian diambil membintangi drama,” kata Sophia.




  



Ujar wanita yang mesra disapa Sophi itu, selepas memilih jalan untuk menyertai dunia lakonan, dia berguru dengan pelakon handalan, Farah Ahmad.


Bahkan, dia berasa sangat beruntung kerana dikelilingi rakan-rakan artis dalam kalangan pelakon senior yang tidak lokek berkongsi ilmu dengannya.


“Saya beruntung sebab ramai rakan seindustri banyak memberikan tunjuk ajar dan teguran demi menjadi seorang pelakon yang baik.


“Selain menuntut ilmu dengan pelakon senior, saya juga banyak membuat kajian untuk memantapkan lagi mutu lakonan,” dedahnya.




  



Mempunyai latar belakang pendidikan dalam jurusan Bioteknologi dan Dietetik dari International Medical University, Kuala Lumpur, Sophia mengakui kerjaya yang diceburinya hari ini jauh terpesong berbanding bidang yang dipelajari di universiti.


Kata pelakon cantik itu, pada awalnya dia memang bercadang untuk kekal dalam bidang yang dipelajari. Tetapi lama-kelamaan, timbul rasa minat dalam bidang lakonan.


Ditambah pula dengan sokongan daripada keluarganya membulatkan hati Sophia untuk bergiat dalam bidang seni.




  



Sophia berguru dengan pelakon berkaliber Farah Ahmad untuk mempelajari teknik dan gaya lakonan yang lebih mantap.


“Alhamdulillah, keluarga sokong kerjaya saya sebagai pelakon. Sebab ibu saya sendiri pun pernah menceburi bidang seni selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1980.


“Rugi? Tidak sama sekali. Bagi saya, kalau minat dan bersungguh-sungguh, kita tidak akan rasa rugi. Lagipun saya memang meminati bidang lakonan,” katanya yang mengidam untuk mencuba watak dalam filem fantasi.




  



Bercerita tentang pengalamannya sepanjang dua tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dia pernah hampir putus asa apabila gagal membawakan watak yang dianggap sukar bagi dirinya.


Kata pelakon berusia 28 tahun itu lagi, dia mengakui sukar membawakan watak beremosi yang memerlukannya berasa marah.


Disebabkan itu, dia terpaksa menjalani latihan yang lebih untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan.


“Saya pernah putus asa untuk menjayakan babak marah. Sebab kalau ada babak yang memerlukan saya marah, saya akan berasa seperti gagal.


“Walaupun saya sudah marah sepuas-puasnya, tetap rasa tidak cukup,” dedah Sophia.




  



Ketika di set penggambaran, Sophia lebih suka bergaul dan berbual bersama-sama pelakon senior untuk menimba ilmu bersama mereka.


Untuk babak menangis pula, Sophia berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk melakukannya.


Cuma pada hari-hari tertentu, dia mengakui babak menangis yang dilakonkannya tidak begitu menjadi.


Bagaimanapun, berbekalkan semangat dan cita-cita yang besar, pelakon filem Miimaland itu tidak kisah jika perlu merangkak dari awal, sekali gus mencipta namanya sebaris dengan aktres wanita hebat lain.




  



  



“Kalau saya popular sekalipun, biarlah semuanya diraih kerana bakat. Bukannya disebabkan kontroversi yang tidak manis.


“Saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa gosip tidak baik dan mahu kekalkan nama bersih dalam industri,” tegas Sophia menutup bicara. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 12:01 PM | Show all posts
Anda ialah siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 01:32 PM | Show all posts
sabarlah sayang
tapi kalau hanafi mesti automatik marah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia ni..klau ditakdir i boleh pilih rupa retis,i nak bermukakan sheol…wlupun sheol ala bbnu belom jd heroine lg…oh ya alip ajiz deserve gn pompuan rupa level ni..kan kaka @dudaberhias?chuolssss onzz tak dgn rupaparas sopia barakbah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:23 PM | Show all posts
sayang x tutup aurat...klu tak lagi cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:32 PM | Show all posts
whooooo?

tapi lawa laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2021 02:41 PM | Show all posts
who this?

nasib lawaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sangat lawa punya amoi tapi nama tak gah. Mungkin kerana tak sleep around dengan producers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Who are yus?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni berlakon Ada hantu & Kerana kau. Igt chinese actress rupanya melayus
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:31 PM | Show all posts
dia dh kawen kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 03:08 PM | Show all posts
cantik tp tak tau blakon cite ape
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 21-12-2021 02:21 PM
Cantik dia ni..klau ditakdir i boleh pilih rupa retis,i nak bermukakan sheol…wlupun sheol ala bbnu  ...

akak puji gak dia ni sbb selain lawa jelita, sheols grad dr IMU juga
respekkk dgn sheols
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni barulah betul2 cantik kalau nak bandingkan dengan pelakon otak agar2 family mata duitan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Girl crush ngn dia ni lepas tgk drama covid kt tv3 tu..berherokan ank riduan tee tu..apetah namanya..syafi tee ke ape..;
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 21-12-2021 12:01 PM
Anda ialah siapakah?

Nape jd retis ni mcm satu kewajipan kena tunjuk sipj sipi kopek.. kena tunjuk sipi spi punai..berlakon aje pun.. nyanyi aje punn..


Sekian dr hustazah buritan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 21-12-2021 01:32 PM
sabarlah sayang
tapi kalau hanafi mesti automatik marah

Manalaa hanafi tak geram.... retis asyik tayang punai jahh.. takdpt retis dpt rehan atenden pun jd laa... yg penting punai jugak..

Look the bottom can cover the top
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 21-12-2021 02:21 PM
Cantik dia ni..klau ditakdir i boleh pilih rupa retis,i nak bermukakan sheol…wlupun sheol ala bbnu  ...

Tapi sheolss memang herlokkk, sape tengok filem Pasal Kau dekat netflix mesti nampak she memang cantik yach... Kat ig pun cantik tapi kalau tengok dalam TV tu lagi lawa sheolsss kaka restu... Semoga sheolss popular dan banyak job di muka TV untuk gantikan retis2 dan cikki kepam kat TV tu yang ziziq sangat rhoper masing2 sampai terpaksa kalih TV ke animal planet... Lagi berair nengok binatang kat channel animal planet tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:45 AM | Show all posts
Retis kalau lawa camni tapi tak popular tu maybe clean or tak buat kerja "extra" ... yang kurang lawa dari ni pun slalu cepat je orka sambar jadi gundik
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
chekacheku replied at 23-12-2021 08:27 AM
Girl crush ngn dia ni lepas tgk drama covid kt tv3 tu..berherokan ank riduan tee tu..apetah namanya. ...

Sama!
First time tgk dia berlakon pun dr situ gak la
Terus cari IG dia sebab xkenal dia siapa
Tgk2 ank bujang aku dah siap memfollow rupanya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068467 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list