View: 1340|Reply: 3
|
Berhimpit Kesejukan- Mangsa Banjir Tak Nak Ke Pusat Pemindahan, Sanggup Bermalam Di Pondok
[Copy link]
|
|
Rantau Panjang: "Sudah dua malam kami tidur di pondok yang terletak di hadapan rumah selepas kediaman dinaiki air separas 0.8 meter (m) sehingga satu m sejak Jumaat lalu," luah Jasmi Hassan, 61.
Jasmi dan keluarga yang terkesan dengan fenomena banjir gelombang pertama di sini, mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana yakin pondok berkenaan selamat untuk berteduh.
Katanya, dia dan isteri, Wan Kamilah Wan Daud, 58, serta tiga anak berhimpit-himpir di pondok berkenaan dengan penuh sabar menantikan banjir surut supaya dapat kembali ke rumah mereka.
Foto: Harian Metro
"Sebenarnya hampir setiap tahun pondok tempat dahulunya saya menjual burger ini, menjadi tempat kami sekeluarga berteduh kerana hanya terletak di hadapan rumah. Senang untuk kami memantau keadaan rumah selain diyakini selamat susulan berada di kawasan tinggi.
"Biasanya kami akan memasak di pondok ini kerana sudah sedia membawa dapur dan gas lebih awal kerana risau jika air mengambil masa lama untuk surut. Tambahan pula, sebelum ini, jalan keluar dari kampung terjejas akibat dinaiki banjir.
"Keadaan ini menyukarkan kami untuk mencari makanan, oleh itu persediaan awal dilakukan sekurang-kurangnya dengan membuat bekalan makanan selama seminggu," katanya ketika ditemui sedang berehat di pondok miliknya di Kampung Lubok Gong, di sini, semalam.
Jasmi berkata, mereka hanya mandi menggunakan air banjir kerana diyakini selamat susulan air yang mengalir dari Sungai Golok yang hanya 50 meter dari rumahnya.
"Jika sejuk pada waktu malam, kami hanya beralaskan selimut nipis selain terpaksa menutup pondok menggunakan zink jika hujan bagi mengelak tempias air. Tidak mengapa, kerana kami sudah biasa dengan situasi ini, malah bersyukur masih ada tempat berteduh.
"Kami menganggap situasi ini biasa sahaja kerana sudah bersedia fizikal dan mental selain biasa berhadapan banjir yang berlaku hampir setiap tahun. Apa yang menyedihkan apabila bah melanda teruk di Lembah Klang dan kawasan lain ketika penduduknya tidak bersedia.
"Saya berharap mangsa yang terbabit dapat bersabar dengan ujian ini dan pihak yang terbabit termasuk kepimpinan di setiap kawasan dapat turun padang membantu mangsa banjir seperti saya dan keluarga," katanya.
Bagaimanapun, Jasmi menjangkakan dapat kembali ke rumahnya hari ini susulan air yang semakin surut sejak petang semalam. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 21-12-2021 01:21 PM
To be honest..duduk kt PPS tu dh level mcm miskin bandar..sebab teruk sgt pengurusannya
Klu nk selesa..positive COVID..upgrade sikit ada katil dan makanan sedap..
Mandi pon senang |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmi dan keluarga yang terkesan dengan fenomena banjir gelombang pertama di sini, mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana yakin pondok berkenaan selamat untuk berteduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Meraka dah berpengalaman menghadapi banjir. Dah ada persediaan makanan.
Yang kesian adalah orang-orang yang tidak bersedia dan tidak tahu apa tindakan yang sepatutnya dilakukan ketika musibah banjir.
Kita yang melihat sepatutnya mengambil ikhtibar. Kena sentiasa bersedia dan elert dengan alam sekitar dan informasi yang sentiasa ada di hujung jari.
Lesson learned. |
|
|
|
|
|
|
| |
|