CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 12

Korea Selatan Iktiraf Pencapaian Shiha Zikir Dalam Kerjaya Seni

[Copy link]
Post time 20-12-2021 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Shiha Zikir, 34, terharu menang trofi Malaysia Model Star Award pada acara anugerah Asia Model Festival di Korea Selatan yang berlangsung semalam.


Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, awalnya dia menyangka tawaran itu cuma 'scam' dan hampir menolaknya kerana berasa diri tidak layak.




Foto: IG


"Saya sebenarnya ragu-ragu pada awalnya apabila seorang kenalan putuskan untuk hantar nama saya kepada penganjur. Bukan apa, saya tak yakin dan fikir belum layak kerana saya pun bukan nama besar.


"Bagaimanapun, dua minggu lalu saya diberitahu memang dan akan dapat anugerah itu. Cuma, saya tak naklah bercerita dulu takut nanti akhirnya bukan dapat betul-betul pun.


"Apabila saya mendapat trofi itu dan diumumkan secara rasmi semalam, barulah berani nak kongsi. Saya memang tak sangka sangat kerana penganjur berkeras memang nak berikan anugerah itu kepada saya," katanya.


  



Penyanyi lagu AEWO terbabit juga cukup terharu kerana anugerah itu satu pengiktirafan besar. Baginya, ia sangat bermakna kerana dia diiktiraf menerusi karya seni sebaliknya pencapaian keseluruhan selaku anak seni.


"Memang anugerah ini sangat berbeza kerana sebelum ini menang pengiktirafan dari luar pun sebab lagu. Tapi kini, saya diiktiraf berdasarkan pencapaian sepanjang karier saya.


"Bahkan, penganjur juga turut meneliti segala perkembangan saya menerusi akaun media sosial dan nekad memberikan anugerah itu. Bagi saya semestinya ia cukup bermakna kerana kerja-keras terpapar dan diakui mereka," katanya.




  



Meskipun ralat kerana tidak dapat menghadiri acara fizikal anugerah itu, Shiha bagaimanapun cukup teruja apabila mendapat tawaran dari penganjur untuk menjayakan projek di Korea Selatan pada masa hadapan.


"Ia bukan terhenti setakat menang anugerah itu saja. Saya masih berhubung dengan pihak penganjur mengenai potensi berkunjung dan jayakan projek di sana kelak.




  



"Memang saya sangat teruja kerana merasakan sebelah kaki sudah melangkah ke negara itu. Semestinya, saya akan merebut setiap peluang yang datang dari sana untuk kembangkan karier saya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah sis dari dibah aa beria2 dapat anugerah indon, hujung kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:36 PM | Show all posts
waaaaa mendonia shiha sekarang dik non! sape aritu kata ada kwn artis dok kecam sheol tu ek? moga sukses slalu laa yaa shiha.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:41 PM | Show all posts
Suka tgk dia berlakong jadi ting tong! hahahaa cantik tapi ting tong... kelakar.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:12 PM | Show all posts
Mamason replied at 20-12-2021 03:41 PM
Suka tgk dia berlakong jadi ting tong! hahahaa cantik tapi ting tong... kelakar.

Yang dia jadi hantu kat gazebo tu kelakar ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:59 PM | Show all posts
ni award berbayar ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la shiha.. Mcm2 benda juga shiha ni buat nak survive dalam industri . Erk.. jaga2 time femes ni, ramai la kawan lama muncul ngaku bff.  ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 06:42 PM | Show all posts
awards who are yusss sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 06:49 PM | Show all posts

anugeran macamni anugerah betul selalunya kaka, tapi jenis taraf dia ala2 anugerah syok sendiri geng2 founder kosmetik yang buat annual awards tiap2 tahun untuk hypekan bisnes sendiri...

lagi berprestij anugerah tandas bersih atau anugerah premis bersih dari DBKL tu, yang tu kurang2 orang pergi lawat tengok bersih ke tak tempat tu sebelum nak bagi  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-12-2021 06:49 PM
anugeran macamni anugerah betul selalunya kaka, tapi jenis taraf dia ala2 anugerah syok sendiri ge ...

Kan mahayam.. iols terpaksa bandingkan dgn anugerah scam indon yg dibah aa ratib tiap hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:07 AM | Show all posts
nak tanya...

Asia Model Festival ni anugerah utk modelling ke?
so shiha ni model?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 03:51 PM | Show all posts
buragazz replied at 20-12-2021 04:12 PM
Yang dia jadi hantu kat gazebo tu kelakar ekk...

Hahahahah kaaan?  Pandai dia buat muka kejungggg gitu...kita dok tgk gelak ngekek2 dah hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm2 shiha ni buat nak kekal relevan kt mesia tp aura takde...
neway shiha ni kalau berlakom cita lawak ting tong jadinya..dok gelak jer mamanjang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 1.100954 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list