CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 6

Jual Bayi Luar Nikah RM12 Ribu Seorang

[Copy link]
Post time 20-12-2021 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Kegiatan sindiket pemerdagangan bayi dikenali Geng Nana yang dipercayai aktif menjual bayi di Instagram sejak Mac tahun lalu, berjaya ditumpaskan polis.


Kesemua 14 ahli sindiket itu termasuk ketuanya dikenali Nana berusia 33 tahun dicekup dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Melaka Tengah, sejak 1 hingga 20 Disember lalu.


Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kegiatan sindiket ini terbongkar selepas pihaknya menerima aduan pada 30 November 2021 daripada pasangan suami isteri yang mendakwa tidak menerima sebarang dokumen selepas urusan mengambil anak angkat perempuan daripada suspek.




Foto: Harian Metro




Beliau berkata, pasangan ini membayar RM12,000 kepada sindiket dan selepas empat bulan mereka tidak menerima sebarang dokumen atau surat beranak.


"asangan ini kemudian merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk tindakan seterusnya dan susulan itu polis kemudian melancarkan Op Pintas Nana.


"Susulan itu seramai 16 ditahan termasuk Nana, tujuh wanita dan lima lelaki tempatan, empat wanita warga Indonesia serta sepasang suami isteri berusia antara 25 hingga 58 tahun," katanya.


Beliau berkata, selain tangkapan ke atas suspek, polis turut berjaya menyelamatkan tiga bayi berusia antara dua hingga tujuh bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.


"Modus operandi sindiket ini adalah mengiklankan di Instagram bayi ini dengan harga RM12,000 selain ahlinya akan mencari wanita yang mengandung anak luar nikah serta membuat tawaran.


"Wanita ini kemudian akan ditempatkan di inap desa dan segala kos ditanggung sindiket sehingga mereka melahirkan anak," katanya.


Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, proses kelahiran didakwa dijalankan di inap desa dan disambut seorang bidan wanita berusia 27 tahun yang kini masih bebas.


"Bidan ini dikatakan dibayar RM1,000 bagi setiap proses kelahiran dan usaha mengesannya giat dijalankan bagi membantu siasatan.


"Dikatakan bayaran akan dibuat oleh keluarga angkat secara berperingkat sehingga jumlah RM12,000 selesai dibayar," katanya.


Menurut beliau, selain tangkapan, polis turut merampas empat kenderaan, lapan telefon bimbit serta pasport termasuk dokumen digunakan untuk urusan kelahiran bayi dan serahan bayi.


"Bayi dan kanak-kanak yang berjaya diselamatkan kini berada di bawah JKM dan kesemua mereka kini direman sehingga 27 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Port kilang buat anak?
Ladang buat anak?
Malas nak baca
Ingat anak ni barang terpakai?
Aku x sanggup nak hadap kes2 hilang keperimanusian ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 20-12-2021 03:42 PM
Port kilang buat anak?
Ladang buat anak?
Malas nak baca

Allah bg bala mcm mcm pun masih menjahak lg..babi betul.. bila nak insaf pun tah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Habuan geng elit
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas bagi kat family angkat register kelahiran tu mcmana?
Buku pink...surat akuan hosp?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2021 11:09 PM | Show all posts
haruslah replied at 20-12-2021 03:55 PM
Lepas bagi kat family angkat register kelahiran tu mcmana?
Buku pink...surat akuan hosp?

ic biru bleh keluar...lesen memandu x g kelas ujian bleh keluar..etc....ish dah nk masuk 2022 dah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.928947 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list