CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 1

Tak Ada Jambatan, Terpaksa Redah Sungai Deras Sambil Usung Keranda

[Copy link]
Post time 20-12-2021 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Lampung: Satu video yang menunjukkan sejumlah penduduk kampung mengusung keranda sambil menyeberangi sungai deras menjadi tular dalam media sosial di negara ini.


Video itu dirakam ketika orang ramai mahu mengebumikan seorang penduduk yang meninggal dunia di Desa Penyandingan di Pesawaran, Lampung kelmarin.


Individu yang merakam video tersebut, Kurniawan memberitahu, kejadian seperti itu sudah sering berlaku.




Foto: Agensi




Katanya, penduduk kampung terpaksa menyeberangi sungai kerana tiada kemudahan jambatan.


“Sudah lama kami tidak mempunyai jambatan dan sudah beberapa kali kami berdepan dengan situasi ini (mengusung keranda untuk pengebumian).


“Kami tidak kisah jika kerajaan hanya bangunkan jambatan sementara, asalkan ada untuk mudahkan kami menyeberangi sungai,” katanya.


Kurniawan memberitahu, sungai itu merupakan satu-satuny akses untuk menuju ke tanah perkuburan.


Jelasnya, ada kalanya pengebumian terpaksa ditunda apabila paras sungai tinggi dan deras. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 12:03 PM | Show all posts

Ni Yang Viral Minggu Lepeh


https://www.youtube.com/watch?v=Yj8k__20TJc

Macam Usain Bolt yang usong..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.544161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list