New York: Seorang wanita berusia 22 tahun mendakwa dirinya ‘terperangkap’ dalam tubuh kanak-kanak berusia lapan tahun.
Shauna Rae menghidap jenis barah otak yang jarang berlaku ketika dia berusia enam bulan dan menjalani rawatan kemoterapi sehingga menyebabkan tumbesarannya terbantut.
Ketika ini, Rae hanya setinggi 116 sentimeter, iaitu ketinggian purata bagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Foto: Agensi
Menerusi rancangan dokumentari ‘I am Shauna Rae‘, wanita itu mendedahkan dia berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk mencari teman lelaki dan pergi ke bar kerana ramai pihak beranggapan dia adalah kanak-kanak.
“Jika anda lihat saya, anda pasti menganggap saya adalah budak perempuan yang melakukan semua perkara normal.
“Hakikatnya, saya adalah seorang wanita berusia 22 tahun yang terperangkap dalam tubuh kanak-kanak berusia lapan tahun,” katanya.
Rancangan itu turut menunjukkan aktiviti harian Rae yang berdepan dengan kesukaran dan situasi itu ditunjukkan ketika dia mengunjungi sebuah bar.
Petugas di bar tersebut memberitahunya, kanak-kanak dilarang masuk, selain Rae juga ditanya mengenai umurnya.
Selain itu, wanita istimewa itu juga tidak dibenarkan mendaftar keahlian di gim kerana menganggapnya sebagai kanak-kanak bawah umur. -CARI
di malaya pun ada kes laki kahwin perempuan cinonet muka budak macam ni.
aku ingat kes ni sebab ummah porem menjoyah laki tu mungkin fetish dengan budak2 sekolah bawah umur..
macam shial ja bila ingatkan balik level joyah ummah porem...bajet educated, hidup senang segala tapi perangai acik kepam melayu kenduri kahwin mengosip ja kerjanya..