CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4697|Reply: 46

“Kalau Nak Menunjuk Naik Helikopter Saya Dah Buat OOTD” - Jovian Tak Guna Aset Kerajaan

[Copy link]
Post time 20-12-2021 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Setelah berkongsi 'posting' menaiki helikopter di laman sosial, menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie menafikan beliau menggunakan aset kerajaan untuk tujuan peribadi selepas terkandas akibat banjir.


Pereka fesyen terkenal itu menganggap dakwaan terhadap dirinya sebagai satu fitnah.


Foto: IG




"Isu helikopter, tak perlu dipanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD (oufit of the day) sakan. Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan begitu.


"Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, teruskan tetapi itu adalah fitnah," tegasnya menerusi posting di laman Instagram miliknya, Ahad malam.


Dalam pada itu, Jovian turut memberi penjelasan berhubung pertikaian di media sosial apabila pasukan bantuannya tidak menggunakan helikopter tersebut bagi membantu mangsa banjir.


"Kenapa tak guna helikopter nak bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu and turunkan bantuan atau naikkan mangsa," katanya.


  



Dalam pada itu, Jovian turut menjawab persoalan mengapa dia secara tiba-tiba menawarkan bantuan kepada mangsa banjir ekoran isu helikopter menjadi tular.


"Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!" katanya yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukan sebelum ini.


Jovian turut meminta individu yang kurang senang dengan dirinya untuk tidak mengikutinya di laman sosial.


"Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Lebih baik bantu negara daripada terus mengecam perkara yang tidak benar tentang saya.


"Banyak perkara yang lebih baik perlu dilakukan bagi membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya," katanya.


Terdahulu, Jovian berkongsi satu story di laman instagram menunjukkan dirinya terkandas akibat banjir dan tidak dapat pulang bertemu dengan isteri dan anak perempuannya.


Perkongsian satu lagi story lain menunjukkan pemandangan dari udara yang menyaksikan lokasi terjejas akibat banjir bagaimanapun telah dipadamkan.


Segelintir netizen menyifatkan perkongsian Jovian yang memaparkan beliau menggunakan helikopter tidak sensitif dengan kesengsaraan yang menimpa mangsa banjir sehingga ada yang terkandas di dalam kenderaan dan terpaksa berada di atas bumbung bagi mencari perlindungan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 10:29 AM | Show all posts

Ini Memang Stendet Prektis La

Kami2 kat CARI ney bukan baru arini kenal VVIP.  Aku eksiden time tu dengan my little nieces pon cepat je helikopter polis datang tinjau2 while father bebudak tu tengah OTW..  Who?  I won't tell.  Kami tak la kene naik heli tu sebab bukan banjir pon.  Our car was the 4th car.  Masok parit drebar pandei elak.


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
diamlah pondan
kalo pak mertua ko aku benci,dgn ngko skali aku benci
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:12 PM | Show all posts
puiiiii ye keee????????
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:26 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 21-12-2021 08:43 AM

anak beranak PM sedap2 lari naik heli.meanwhile ummah marhaen..


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:33 PM | Show all posts
Sebab tu time bencana macam ni tak perlu ler nak up citer pasal naik heli ke hapa bakal jadi isu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2021 12:54 PM | Show all posts
Nanti post la gmbr dgn OOTD skali....oo bukan skg tapi masa PM buat announcement kat TV...kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:12 PM | Show all posts
ooo bodoh tak campo air jugak dia ni ye...

cam hareyyyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 01:19 PM | Show all posts
tak perlu justify apa pon jovian wey..

the best tak perlu up dkt socmed..tu je

cukup perkongsian u dgn family u je..

yg u gigih pi up dkt socmed, dah sah2 la kena kecam..

x belajar2 lagi ke?

tak payah nak bgtau lists of what u did in the past, no need to brag how sincere u were/are..

ikhlas ni bukan sekadar sebutan di mulut..

faham ke tidak???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka Dorang ni memang annoying.
Naik heli lepastu up
Taulah kaya. Diam2 sudahlah.
Ada duit pttnya bantu sekali mereka2 yg susah tu.
Sampai hati ek up KT sokmed.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-12-2021 10:39 AM
diamlah pondan
kalo pak mertua ko aku benci,dgn ngko skali aku benci

Wahhh..marah macam nyonya mansur nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:41 PM | Show all posts
bodoh ek dia ni?

ini bukan setakat isu guna aset siapa,

ini pasal malaun ni tone-deaf, tak nampak ke keadaan sekeliling susah kau boleh pulak tunjuk lifestyle orang kaya.
sama bodoh dengan anak payung kuning hat sekor tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 20-12-2021 01:23 PM
Wahhh..marah macam nyonya mansur nampak..

gitu lah konsepnya
kalo jobian nangis kene maki dgn netizen, nanti aku cakap "kenapo ko nangis di instagram ni.pegi la menangis kat seri perdana sana"
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:54 PM | Show all posts
common sense ke mana?
memang ler ko tak ber ootd, ko tunjuk naik heli tu pun, kira ko takdak common sense
tak payah panjang2 nk justify, hanya menambah bara saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol x payah panjangkan issued lepas tu kalit bgi bantuan … sebelum ni just tolong dekat kawsn kilang dia je dh kene viral acah2 nk bgi bantuan pffttt sma je la kes dgn lazy weather tu org dh 48 jam x selamat lagi dia sibuk lazy weather selama ni mmg lazy pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 02:07 PM | Show all posts
dik jovian
now makanan dah banyak
byk ngo and ramai sukarelawan  perepare food
better u supply necessities including cleaning supply, undergarments, kids clothed (baju anak hang yng tak muat, cantik2 tu boleh derma), kids diapers, adult diapers, sanitary pads, blankets, toto, towels, mineral waters, pet foods etc
baju pun banyak dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing Indon masuk dlm.inner circle PM Malaysia. Tak berapa baik utk.keselamatan negara. Jgn.dia spy BIN indon
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-12-2021 01:45 PM
gitu lah konsepnya
kalo jobian nangis kene maki dgn netizen, nanti aku cakap "kenapo ko n ...

Menangis konon..jantan tak malu,naik heli satu seng tak keluar duit..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:13 PM | Show all posts
Apa kata kau tebus balik show off kau tu, tolong guna heli tu untuk selamatkan orang yg terkandas atas bumbung rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengapp n insensitive..tolonglah berhenti meriak time bencana ni, we know what your fil did last summer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list