CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1072|Reply: 5

[Tempatan] kuliah dibatalkan mulai esok 20 Disember hingga Sabtu - UiTM

  [Copy link]
Post time 19-12-2021 11:02 PM | Show all posts |Read mode
UiTM umum cuti bencana 6 hari mulai esok

BHarian


SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan cuti bencana mulai esok sehingga 25 Disember ini.
Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Majlis Eksekutif Universiti susulan banjir luar biasa yang melanda negara ketika ini.

"UiTM amat mengambil berat dan prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pelajar dan staf (sokongan dan akademik), justeru melalui perbincangan bersama Majlis Eksekutif Universiti, UiTM mengumumkan cuti bencana mulai esok.

"Semua kuliah dibatalkan mulai esok 20 Disember hingga Sabtu sebagai salah satu inisiatif bagi meringankan dan membantu mereka yang terkesan.

"Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran dan penghantaran tugasan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, cuti bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti khas perayaan pada 25 Disember hingga 2 Januari 2022 sepertimana yang ditetapkan dalam kalendar akademik sesi I 2021/2022.

Katanya, pensyarah boleh menggunakan minggu ulang kaji (31 Januari 2022 - 5 Februari 2022) bagi tujuan penggantian kuliah.

"Manakala, bagi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang akan dilaksanakan pada 21 dan 22 Disember ini diteruskan secara dalam talian.

"Seluruh warga UiTM mendoakan agar semua pensyarah, pelajar dan warga universiti seluruhnya yang terlibat dengan bencana banjir ini dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian serta dilindungi daripada sebarang musibah," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Universiti Ini Tolong Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak  wat camno kuliah batal...sempat ke nak habiskan silibus ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok lect juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 02:57 AM | Show all posts
syok lh budak2 dlm...tdoq hahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2021 02:13 PM | Show all posts
found this bertebaran kat twitter
lecturer blame her student sbb x predict banjir







Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067428 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list