Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki tidak memakai baju memukul bayi perempuan menggunakan penyapu lidi hanya kerana mangsa enggan tidur.
Video yang berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan lelaki tidak berbaju dan sedang merokok itu memerhatikan mangsa dan dan dalam masa yang sama memaksa bayi yang dipercayai anaknya supaya tidur.
Namun mangsa yang masih belum mengantuk tidak dapat berbuat demikian. Hal itu membuatkan bapanya marah lalu mula memukul mangsa menggunakan penyapu lidi di seluruh badannya menyebabkan mangsa menangis.
Tangisan mangsa membuatkan lelaki terbabit bertambah berang dan mula meninggikan suara memaksa mangsa diam dan tidur.
Video ini dikongsi melebihi 7000 kali dan mendapat lebih 6000 komen yang rata-ratanya marah dan mengecam tindakan lelaki terbabit.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/17/085611g8qd4pyc0yzp5ncd.png) Kredit foto - Facebook Khaty Fadel Hak
Sehingga kini, lokasi kejadian itu berlaku masih belum diketahui. Namun meninjau ruang komen, wargamaya menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit yang jelas sekali menganiaya mangsa.
Era moden ini, didik anak cara Rasulullah mungkin sudah dilupakan. Anak kecil bukanlah untuk disakiti walau dengan niat mendidik.
Tidak boleh memukul kanak-kanak yang belum mumayyiz apabila mereka melakukan kesalahan kerana memukulnya tidak memberi sebarang faedah kepadanya memandangkan usianya yang belum matang. -CARI
|