View: 2565|Reply: 25
|
'Teringin ke Legoland sebelum berakhir hayat'
[Copy link]
|
|
'Teringin ke Legoland sebelum berakhir hayat'
Pesakit jantung terbalik, Adam Amsyar, 9, mengalirkan air mata apabila mendengar keluhan bapanya mengenai penyakit yang dihidapinya di Ayer Baloi, Pontian. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
PONTIAN: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Parit Haji Ahmad di sini menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia yang menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.
Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, di mana injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.
Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata penyakit anaknya, Mohd Adam Amsyar, hanya dapat dikesan ketika usianya tujuh tahun dengan pakar meramalnya tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.
Bapa tunggal itu berkata, doktor pakar hospital awam yang merawat anaknya memaklumkan penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku malah hanya tiga pesakit sahaja termasuk anak bongsunya, dikesan menderita penyakit berkenaan di negara ini.
https://assets.bharian.com.my/im ... lik2_1639713104.jpg
Pesakit jantung terbalik, Adam Amsyar, 9, bersama bapa, Abd Rahman Ahmad, 47, dan kakaknya, Irin Nadia, 11, (kiri) ketika ditemui di Ayer Baloi, Pontian. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
"Penyakit jantung terbalik Adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya akan menjadi kebiruaan.
"Apa yang lebih membuat saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya.
"Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaga Adam betul-betul, terutama jangan biarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya.
"Saya juga terpaksa melepaskan kerja tetap sebagai pemandu lori disebabkan Adam memerlukan penjagaan rapi, menyebabkan kami sekeluarga mengalami kekangan kewangan dan tidak mampu lagi membelikan susu formula khas disarankan doktor pakar bagi meredakan kesakitannya," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Abd Rahman berkata, walaupun menerima bantuan asnaf Baitulmal sebanyak RM550 sebulan, dia tidak mahu berpeluk tubuh malah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan termasuk mengambil upah memotong rumput di sekitar kampung.
"Adam kerap alami sesak nafas dan kemudian tubuhnya kebiruaan menyebabkan saya risau. Saya kena sentiasa berada di sisinya supaya dapat menghantarnya mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan. Saya juga risau meninggalkan Adam bersama kakaknya, Irin Nadia,11, kerana mereka berdua masih kecil," katanya.
Sementara itu, Adam yang sebak ketika bapanya menangis menceritakan penderitaan ditanggungnya berkata, dia sangat sayangkan bapanya itu yang sering berusaha menggembirakan hatinya walaupun kehidupan mereka susah.
"Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya, dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya.
"Kalau tak pergi Legoland pun tak apa, sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya," katanya.
Penasihat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Tee Siew Kiong (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bapa tunggal, Abd Rahman Ahmad,47, yang menjaga anaknya Adam Amsyar, 9, (dua dari kiri) yang menghidap penyakit jantung terbalik di Ayer Baloi, Pontian. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Dalam pasa itu, Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah yang juga Penasihat Menteri Besar Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, bantuan sebanyak RM5,000 disalurkan yayasan kepada keluarga Adam bagi keperluan pembelian susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun.
"Yayasan juga menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada keluarga Abd Rahman.
"Yayasan akan terus memantau keluarga Abdul Rahman bagi memastikan keperluan Adam dapat disediakan termasuk perbelanjaan untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan," katanya.
SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... elum-berakhir-hayat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar!! Semoga Allah berikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak baca kisah ni... semoga di berikan kesembuhan, di berikan kesihatan, di murah kan rezeki mereka sekeluarga, harap2 ada pihak bagi bantuan dan tolong keluarga ni...
harap2 dpt meraih simpati HRH southern prince... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Legoland sponsor 1 family adik ni pi bercuti dan bermalam di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
"Teringin Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya,"-Budak 9 Tahun Menderita Jantung Terbalik
Pontian: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Parit Haji Ahmad, di sini, menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia, yang menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.
Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, ia menyebabkan injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.
Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, penyakit anaknya, Mohd Adam Amsyar hanya dapat dikesan ketika usianya tujuh tahun dengan pakar meramalnya tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.
Foto: Harian Metro
Dia yang juga bapa tunggal berkata, doktor pakar hospital awam merawat anaknya memaklumkan penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit sahaja termasuk anak bongsunya, dikesan menderita penyakit berkenaan di negara ini.
"enyakit jantung terbalik Adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya akan menjadi kebiruaan.
"Apa yang lebih membuat saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya.
"Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaga Adam betul-betul, terutama jangan biarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya.
"Saya juga terpaksa melepaskan kerja tetap sebagai pemandu lori disebabkan Adam memerlukan penjagaan rapi, menyebabkan kami sekeluarga mengalami kekangan kewangan dan tidak mampu lagi membelikan susu formula khas disarankan doktor pakar bagi meredakan kesakitannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Foto: Harian Metro
Abd Rahman berkata, walaupun menerima bantuan asnaf Baitulmal sebanyak RM550 sebulan, dia tidak mahu berpeluk tubuh malah sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan termasuk mengambil upah memotong rumput di sekitar kampung.
"Adam kerap alami sesak nafas dan kemudian tubuhnya kebiruaan menyebabkan saya risau. Saya kena sentiasa berada di sisinya supaya dapat menghantarnya mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan. Saya juga risau meninggalkan Adam bersama kakaknya (Irin Nadia, 11) kerana mereka berdua masih kecil," katanya.
Sementara itu, Mohd Adam Amsyar yang sebak ketika bapanya menangis menceritakan penderitaan ditanggungnya berkata, dia sangat sayangkan bapanya itu yang sering berusaha menggembirakan hatinya walaupun kehidupan mereka susah.
"Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya, dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya.
"Kalau tak pergi Legoland pun tak apa, sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah yang juga Penasihat Menteri Besar Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata, bantuan sebanyak RM5,000 disalurkan yayasan kepada keluarga Abd Rahman bagi keperluan pembelian susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun.
"Yayasan juga menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada keluarga Abd Rahman.
"Yayasan akan terus memantau keluarga Abd Rahman bagi memastikan keperluan Adam dapat disediakan termasuk perbelanjaan untuk membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Legoland Malaysia akan tunaikan hajat Adam
Adam Amsyar meluahkan hasrat agar bapa membawanya ke Legoland. - Foto Nur Aisyah Mazalan
JOHOR BAHRU: Legoland Malaysia berhasrat menunaikan impian pesakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia, Mohd Adam Amsyar, 9, yang mahu mengunjungi taman tema berkenaan.
Perkara itu dikongsi wakil taman tema itu yang menghubungi wartawan NSTP bagi mendapatkan maklumat lanjut Mohd Adam dan keluarganya.
Wakil Legoland Malaysia berkata, pihak taman tema itu sedang menguruskan perincian bagi membolehkan Mohd Adam dan keluarganya, dibawa ke taman tema berkenaan dalam masa terdekat.
"Legoland Malaysia terharu membaca kisah Mohd Adam dan mahu menunaikan impiannya. Kami sedang memproses beberapa butiran lanjut termasuk prosedur operasi standard (SOP) berikutan keadaan Mohd Adam yang tidak boleh berjalan jauh dan cepat letih.
"Insya-Allah impian adik Mohd Adam akan kami tunaikan dalam masa terdekat," katanya ketika menghubungi NSTP.
BH hari ini melaporkan kisah Mohd Adam, kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kampung Parit Haji Ahmad, Pontian yang menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia yang menyebabkannya sering sesak nafas serta keletihan.
Mitral Valve Atresia adalah kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku, di mana injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.
Pesakit jantung terbalik, Adam Amsyar, 9, bersama bapa, Abd Rahman Ahmad, 47, dan kakaknya, Irin Nadia, 11, (kiri) ketika ditemui di Ayer Baloi, Pontian. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, dilaporkan berkata penyakit anaknya, Mohd Adam Amsyar, hanya dikesan ketika usianya tujuh tahun dengan pakar meramalnya tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.
Beberapa individu perseorangan, selebriti, syarikat korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mahu membantu Mohd Adam selepas tersiarnya kisah hasratnya untuk ke Legoland sebelum hayatnya berakhir.
Tinjauan mendapati ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke taman tema sempena cuti persekolahan pada hujung tahun di Legoland Malaysia Resort, Iskandar Puteri, Johor. - Foto fail NSTP
Sementara itu, Abd Rahman ketika dihubungi berkata, beliau terharu dan tersentuh apabila orang ramai termasuk taman tema serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil mahu memberi bantuan selepas kisah anaknya disiarkan media.
Katanya, dia terkejut dan segan apabila ramai pihak menghubunginya untuk menunaikan hasrat anak bongsunya itu.
"Saya terharu dan segan sebenarnya. Saya bukan mahu meraih simpati dan mahukan bantuan dengan menceritakan penyakit Adam tetapi lebih kepada berkongsi kisahnya.
"Wakil Legoland Malaysia juga baru hubungi saya tadi memaklumkan mahu membawa keluarga ke taman tema itu dalam masa terdekat. Hanya Allah yang dapat membalas budi tuan-tuan semua," katanya sebak.
sUMBEr:https://www.bharian.com.my/berit ... tunaikan-hajat-adam
|
|
|
|
|
|
|
|
Adam (kiri) bersama bapanya dan Tunku Ismail (kanan).
TMJ taja penghidap jantung terbalik ke Legoland
PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menaja seorang kanak-kanak menderita penyakit jantung terbalik yang berhajat untuk ke taman tema Legoland, Johor Bahru bersama ahli keluarganya.
Perkara itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII hari ini.
“Alhamdulillah jumpa nanti adik Adam,” ciap Tunku Ismail.
Mohd Adam Amsyar, 9, meluahkan hasrat itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang di sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, bagaimanapun terpaksa memendam hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
Rata-rata orang ramai merasa terharu dengan budi baik TMJ dan segala kebaikannya yang dilakukan terhadap kanak kanak itu dan kekluarganya.
“Alhamdulillah. Untuk yang ini saya mendoakan Allah memberikan sebanyak-banyak rahmat dan berkat ke atas Tuanku sekeluarga,” jelas @chubb.
“Alhamdulillah. Terima kasih @HRHJohorII pantas dan tanpa mengira masa membantu rakyat Johor. Semoga tunku dan seluruh kerabat diRaja Johor sentiasa dlm lindungan Allah,” ujar @m_nuqman.
“Alhamdulillah. Semoga anak istimewa tersebut bergembira di Legoland dan didoakan agar segala berjalan lancar buat anak tersebut dan keluarga,” kata @DanialMDMY – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... rbalik-ke-legoland/
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah ada yg sudi membantu. Aku pun xpenah jejak legoland walaupun dekat. Setakat kat pintu masuk je |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di permudahkan dek
Acik sendiri belum pikir hal2 nak melancong
Nak renovate dan deco rumah .
Nanti bakal hubby acik cuci kaki je |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 17-12-2021 08:53 PM
Syukurlah ada yg sudi membantu. Aku pun xpenah jejak legoland walaupun dekat. Setakat kat pintu masu ...
Selalu kalau yg dekat dgn rumah tu yg x pergi hahaha.. Meols pon sbb bwk anak je kalau x pasti x sampai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klo legoland nak tutup baru sibuk nak pegi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 17-12-2021 09:34 PM
Klo legoland nak tutup baru sibuk nak pegi.
Hahaha.. I pon kalau x kerana ada promo annual pass sama harga dgn single ticket mesti x smpi ke Negara J haha. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 17-12-2021 08:53 PM
Syukurlah ada yg sudi membantu. Aku pun xpenah jejak legoland walaupun dekat. Setakat kat pintu masu ...
Legoland tue kalau ada anak kecil sesuai la nak bawa & lagi berbaloi ambil annual pass sebab senang, tuju situ jer kalau anak nak jalan, main² & mandi... Haha
Bandar JB tue takde apa yg menarik terutama utk yg ada family & anak kecil lg² waktu petang. Kalau pagi ke tgh ari bole la bawa gi zoo. Benda yg menarik mcm Legoland, Austin theme park semua harga kayangan..
Ada ipar gi jalan² JB tido hotel area bandar tny kita mana tmpt nak bawa anak² jalan time ptg² selain dr bawa pegi mall... |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana la jantung ko boleh terbalik nak. |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 17-12-2021 09:57 PM
Legoland tue kalau ada anak kecil sesuai la nak bawa & lagi berbaloi ambil annual pass sebab senan ...
Kalau duit hada lebih, elok la melencong pi USS. Berbaloi2 daripada Legoland. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah hati me'ols berkerak bila meols kata "Yek Elehh" bila baca kerabat Jamaica tu nak taja adikni pegi Legoland?
Meols ingat nak taja dia pegi dpt rawatan kat luar negara ke, apa ke.
Kerak kah hati me'ols???? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. USS aku banyak kali dah pegi. Sanggup naik bas. Tp Legoland sekangkang kera pun tak sampai2 lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kasihan budak ni. anak aku pun sakit jantung tapi tak teruk pun. budak ni sampai terbalik jantungnya. time mulut puaka dia mai anak aku pi tanya mama bila orang mati ya? esok ke lusa?
psiko anak aku tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn sakit jantung gitu tak bahaya ke main mainan kt Legoland tu..ke pegi main air je |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 18-12-2021 10:48 AM
Betul tu. USS aku banyak kali dah pegi. Sanggup naik bas. Tp Legoland sekangkang kera pun tak samp ...
Khenst. Mahal pun pueh hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|