CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 2

Had Umur Minimum Perkahwinan Kekal

[Copy link]
Post time 16-12-2021 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.


Beliau berkata, hal itu ditetapkan dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Bil. 1/2021 pada 22 September lalu selepas mengambil kira pandangan daripada negeri-negeri.




Gambar hiasan/Kredit foto: Pengantin Baru




"Berdasarkan maklum balas dan pandangan yang diterima, kebanyakan negeri secara dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah-langkah lain bagi membanteras perkahwinan bawah umur.


Menurut Idris, kerajaan mengambil langkah meneliti dan mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun.


Kajian itu termasuk membentangkan cadangan dalam pelbagai forum yang membabitkan negeri seperti Majlis Dialog Undang-Undang dan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil memandangkan kuasa perundangan berkaitan perkahwinan orang Islam adalah bidang kuasa negeri.


Selain itu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Bilangan 1 Tahun 2018 yang berkuat kuasa pada 28 September 2018.


Berdasarkan statistik JKSM, jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur orang Islam selepas tiga tahun pelaksanaan SOP itu menyaksikan pengurangan apabila 2,098 permohonan diluluskan dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober lalu, berbanding 2,885 dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 03:11 PM | Show all posts
dah tak sesuai dgn zaman.
parent memang kena paksa anak study at least ada spm
takde spm nak minta keje jadi operator, kedai apa smua susah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 04:06 PM | Show all posts
x kena kt anak dorg, family dorg kot

just imagine bdk perempuan tarikh lahir 01.01.2006
form 4 pun xnaik lagi
tp dh nk dinikahkan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052381 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list