CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 0

Mangsa Ragut Larikan Motor Perompak, Ramai Kata Padan Muka

[Copy link]
Post time 16-12-2021 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berani melarikan sebuah motosikal milik dua perompak yang ingin meragut beg tangan miliknya, lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan klip video yang dikongsikan di akaun Instagram bernama @memomedsos, wanita yang dikenali sebagai Syania itu pada awalnya sedang berjalan membawa sebuah beg tangan berwarna hitam.


Ketika mahu masuk ke pejabat tempat dia bekerja, secara tiba-tiba, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal muncul lalu berhenti di belakangnya sebelum salah seorang daripada mereka turun dari motosikal lalu meragut beg tangan Syania.




Foto: Tiktok




Disebabkan Syania berkeras enggan melepaskannya, seorang lagi perompak turun dari motosikal untuk membantu rakannya.


Syania kemudiannya bertindak pantas dengan melepaskan beg tangannya dan melarikan motosikal yang ditinggalkan dua perompak itu di tepi jalan.


Keadaan itu meresahkan dua perompak terbabit yang kemudiannya kelihatan mundar-mandir kerana ditinggalkan di tepi jalan tanpa motosikal.


Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.


“Wanita itu sangat bertuah,’’ tulis seorang netizen. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 1.033952 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list