CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4412|Reply: 54

[Tempatan] 1.3 juta penjawat awam terima bonus esok, 25 Jan 2022

  [Copy link]
Post time 16-12-2021 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 24-1-2022 02:47 PM

1.3 juta penjawat awam terima bonus bulan depan
    Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
    16 Disember 2021, 7:00 am

PUTRAJAYA: Sejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.

Berkongsi berita gembira itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khai­rul Adib Abd. Rahman berkata, surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan sudah diterima pihaknya kelmarin.

“Secara umum, yang layak akan dibayar dalam gaji bulan Januari 2022,” katanya di sini semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2022 lalu, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara.

Mengikut kebiasaan, bayaran gaji penjawat awam disalurkan setiap 25 hari bulan yang mana jika pada bulan tersebut terdapat perayaan tertentu, maka bayaran gaji dibayar lebih awal.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemberian bantuan khas kepada golongan sektor awam itu membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan untuk terus mendukung penyampaian perkhidmatan awam melalui inisiatif pembaharuan dalam Bajet 2022.

Ia sekali gus menunjukkan kerajaan tetap komited meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam, selain terus menjaga kebajikan golongan itu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini turut menyifatkan pemberian bantuan itu setimpal dengan pengorbanan mereka yang mencurah masa dan tenaga semasa pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kata beliau, usaha penjawat awam perlu diambil kira dalam melaksanakan program pemulihan dan imunisasi kebangsaan, penguat kuasa yang menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), para petugas kesihatan, malah ada yang terpaksa korbankan cuti demi menjalankan tugas.

“Saya sendiri berasal dari sektor swasta, saya faham keluhan itu, tetapi saya fikir kalau dibandingkan dengan bonus tahunan pekerja swasta, ia bukanlah pada kadar berlebihan,” katanya seperti dipetik dalam program televisyen tempatan baru-baru ini.

Selain pemberian bantuan khas itu, pelbagai inisiatif lain turut diberikan menerusi Bajet 2022 bagi mengiktiraf pengorbanan penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan, iaitu gantian cuti rehat (GCR) dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari dengan kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.

Selain itu, kerajaan turut memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit mental.

Kerajaan juga bercadang untuk menambah baik beberapa kemudahan anggota perkhidmatan awam antaranya, menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada empat kepada dua peratus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 08:28 AM | Show all posts
tunggu kaum anti gomen@bani swasta komen.

antara ayat klise nanti..call tak jawap,sarapan sampai pukul 10,tgh hari hilang ambil anak sekolah,lunch sampai pukul 4,jual tudung,kek dll dlm opis,acik gemok shopping tgh hari jumaat...bla..bla...bla...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajawali replied at 16-12-2021 08:28 AM
tunggu kaum anti gomen@bani swasta komen.

antara ayat klise nanti..call tak jawap,sarapan s ...

Tambahkan jawatan. Setel la masalah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:23 AM | Show all posts
berbelanjalah utk merancakkan ekonomi negara...kpd pekerja swasta, ketip aje la bibir tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:24 AM | Show all posts
so makin gemuk ke acik2 bewang gomen metakedarah duit bonusss

tanya acik2 keja private

bukan meols cakap yeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 09:26 AM | Show all posts
Untunglah tu walaupun idoklah banyak. Yg swasta juga gigit jari. Masing2 talak untung kobid2.. Bos kata talak bonusss.. Increment pun freeze..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 yg masih ada kerja walaupun tiada bonus.. Belajarlah bersyukur.. Tak perlu jaki2.. Korang masih mampu setelkan segala komitmen.. Perut masih boleh kenyang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 11:07 AM | Show all posts
aku percaya sebahagian besar 1.3 juta penjawat awam akan kembalikan wang tu ke pasaran dgn berbelanja
ekonomi kembali rancak
tq

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2021 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak beli mesin rumput
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:33 AM | Show all posts
aku keje swasta, setakat rm700 ni taraf duit raya je. kurang2 pun bonus setgh bulan gitu, tak termasuk insentif keuntungan kilang ye. tak taula yang dengki tu keje syarikat ape smpi nk dengki sgt tu. adik aku keje kedai baju pun bonus rm3k
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku state phg rm1200 syukur rrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Gred 56 pun dpt? Vavava.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajawali replied at 16-12-2021 08:28 AM
tunggu kaum anti gomen@bani swasta komen.

antara ayat klise nanti..call tak jawap,sarapan s ...

Masalahnya bani swasta pun sama ja perangai terutama ummah yang kerja bank dan insuran. Bikin rengsa mahu berurusan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:52 AM | Show all posts
annehuda replied at 16-12-2021 11:33 AM
aku keje swasta, setakat rm700 ni taraf duit raya je. kurang2 pun bonus setgh bulan gitu, tak termas ...

eksen andartu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:56 AM | Show all posts
aku ingat dapat gaji december ni huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2021 12:28 PM | Show all posts
jualan 12.12 hari tu
report ckp byk org beli vacum robot
trending
sebelum ni periuk trending la
air fryer la
so penjawat awam boleh la beli satu

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:19 PM | Show all posts
R2D2 replied at 16-12-2021 12:28 PM
jualan 12.12 hari tu
report ckp byk org beli vacum robot
trending

yakin ke januari bleh dapat?

ikut bajet2 sebelum nih mmg disebut tarikh pemberian
kecuali bajet baru2 nih.
takde sebut tarikh.

i yakin acik gomen kena scam dgn geng tebuk atap
januari nih.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 05:58 PM | Show all posts
so aku baca wasap.

nk dapat bonus mesti cucuk 2 dos vaksin covid 19. haha. selamat ko sruh 2 dos je. ko sruh amek booster sekali bru layak dapat bonus jgn sampai aku mnta dok kaunter tk rawat pesakit.

KKM and their stupidity.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 06:03 PM | Show all posts
bangcak replied at 16-12-2021 03:19 PM
yakin ke januari bleh dapat?

ikut bajet2 sebelum nih mmg disebut tarikh pemberian

kena ckup dos or 2x vaksin covid 19 baru dapat bonus. kementerian lain cmtu gak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084413 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list