CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 0

Bagi Ubat Tidur, Lelaki Curi RM100,550 Dengan Imbas Anak Mata Kekasih

[Copy link]
Post time 15-12-2021 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di China dipenjara tiga tahun enam bulan selepas didapati mencuri hampir 18,000 pound (RM100,550) dari akaun bank teman wanitanya dengan menggunakan perisian pengecaman wajah telefon pintar untuk membuka aplikasi Alipay.


Lapor Daily Mail, ketika kejadian lelaki dikenali sebagai Huang, 28, menunggu pasangannya tidur sebelum menggunakan cap jari wanita itu untuk membuka kunci pada telefon pintar model Huawei.




Gambar hiasan/China Daily




Huang kemudian mengakses platform Alipay dengan membuka kelopak mata pasangannya agar telefon pintar itu mengesan wajah wanita tersebut dan membuka kunci aplikasi.


Lelaki itu menukar kata laluan aplikasi tersebut dan bertindak memindahkan lebih 18,000 pound (RM100,550) daripada akaun bank wanita berkenaan.


Berdasarkan dokumen mahkamah, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di bandar selatan Nanning.


Mangsa yang dikenali sebagai Dong dilaporkan bertemu dengan Huang pada Disember tahun lalu selepas dijemput untuk makan malam bersama.


Berdasarkan laporan akhbar Nanning Evening News, Huang telah mencampurkan ubat selsema dalam makanan Dong sehingga membuatkan wanita itu mengantuk dan tertidur.


Huang merancang plot itu selepas dia menanggung jumlah hutang judi yang banyak dan Dong menyedari perbuatan tersebut selepas menerima beberapa mesej mengenai transaksi wang sebelum membuat laporan polis.        




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059967 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list