|
View: 859|Reply: 2
|
Macam Tahu Ajal Nak Dekat, Pegawai Bomba Dah Sambut Hari Jadi Isteri Awal-Awal
[Copy link]
|
|
|
Seremban – Seorang pegawai bomba seolah-olah tahu ajalnya semakin hampir apabila sempat menyambut hari lahir isterinya pada 9 Disember lalu.
Kata isteri Allahyarham Mohd. Firdaus Sulaiman, 32, arwah biasanya akan menyambutnya beberapa hari selepas hari jadinya tetapi kali ini ia disambut pada hari berkenaan.
“Tahun ini dia (arwah) beria-ia sangat, saya tidak sangka itu adalah kali terakhir,” jelas Nurul Jannah Abdul Hamid Khan, 29.
 Foto: Kosmo
Allahyarham meninggal dunia semalam setelah bertarung nyawa akibat parah terkena letupan sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Johor pada Sabtu lalu.
Tambah Nurul Jannah sebelum berlaku kejadian letupan itu dia ada menelefon arwah untuk menghantar makanan pagi itu.
“Dia (arwah) kata tidak tahu akan balik lagi ke tidak, sedangkan makanan itu sudah dibeli dan kebetulan saya berada dekat balai (bomba).
“Tetapi selepas sejam baru dapat tahu kejadian letupan (melibatkan suami),” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Ampangan di sini semalam.
 Firdaus
Jelas Nurul Jannah, hajat dia dan suami berpindah ke rumah baharu yang dibelinya di Segamat, Johor bulan ini juga tidak kesampaian.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aisy Alisha,3.
Dalam kejadian Sabtu lalu itu, Mohd Firdaus dan anggota pasukan tindakan kecemasan kilang, Mohamad Azuraini Mahrani, 40, cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba, Syed Putra Syed Mohd. Al Atas, 52, melecur.
Mohamad Azuraini turut meninggal dunia semalam.
Dalam pada itu, Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, Allahyarham dinaikkan pangkat ke gred KB 22. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata isteri Allahyarham Mohd. Firdaus Sulaiman, 32, arwah biasanya akan menyambutnya beberapa hari selepas hari jadinya tetapi kali ini ia disambut pada hari berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu orang dulu2 pesan kalau nak buat benda baik jangan tangguh2 takut tak berkesempatan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|