View: 825|Reply: 4
|
Tolong Suami Palsukan Kematian Elak Kembali Ke Penjara
[Copy link]
|
|
Polis Ghaziabad menahan seorang lelaki yang memalsukan kematian sendiri bagi mengelak daripada kembali ke penjara dalam kes pembunuhan.
Tertuduh, Sudesh Kumar, ditahan bersama isterinya Anupama yang didakwa membantunya dalam jenayah itu.
Gambar hiasan
Indiatoday melaporkan, menurut polis, mereka menemui mayat di kawasan Loni pada 20 November.
Mayat berkenaan hangus dan mukanya tidak dapat dapat dikenal pasti.
Kad Aadhar yang dimiliki Sudesh Kumar ditemui dalam poket mayat berkenaan.
Apabila polis menghubungi Anupama untuk mengenal pasti mayat, wanita itu mengakui ia adalah suaminya.
Penguasa polis (luar bandar) Iraj Raja berkata, polis bagaimanapun curiga dengan kenyataan Anupama.
Mereka mengesyaki wanita itu menipu dan polis membuat siasatan lanjut terhadap sejarah Sudesh Kumar sebelum mendapati lelaki itu dipenjara atas tuduhan membunuh anak perempuan berusia 13 tahun pada 2018.
Raja berkata, Sudesh dibebaskan secara parol pada Mei kerana pandemik Covid-19.
Namun, apabila tempoh parolnya hampir tamat, dia merancang sesuatu bersama isterinya untuk mengelakkannya kembali ke penjara.
Raja berkata, Sudesh memanggil seorang buruh bernama Doman Ravidas yang mempunyai ketinggian sepertinya untuk melakukan kerja-kerja membaiki di rumahnya.
Dia turut memberikan Ravidas pakaiannya untuk dipakai.
Pada hari kedua buruh itu ke rumahnya, Sudesh memberikan arak dan membiarkannya mabuk, sehingga tidak sedarkan diri.
Susulan itu, Raja berkata, Sudesh membunuh Ravidas dengan memukul kepala dan membakar mayat supaya identitinya tidak terdedah.
Suresh kemudian membuang mayat Ravidas di Loni.
Seperti yang diinginkan, isterinya mengenalpasti Ravidas sebagai suaminya, tetapi rancangan itu terbongkar selepas pihak polis memanggil keluarga Ravidas untuk pengecaman.
Kedua-duanya kini dihantar ke penjara, kata polis.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
my god!!!
ngerinye....dia mabukkan and then dia katok kepala and bakar? isk isk... |
|
|
|
|
|
|
|
dari sorg jek yg masuk penjara, last2 2-2 mskpenjara... elok la tu... pandai sgt... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|