CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 15

Polis Pahang Kesan Kes Buli Di Tiga Sekolah Berasrama

  [Copy link]
Post time 13-12-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan– Polis telah menerima laporan kes buli melibatkan tiga buah sekolah di negeri ini dalam tempoh empat hari bermula 6 Disember lalu termasuklah melibatkan sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah di Rompin.


Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada masa ini siasatan giat dilakukan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


“Kesemua pelajar yang terlibat telah dikenal pasti dengan bantuan pihak sekolah terbabit dan tindakan-tindakan siasatan lanjut sedang dijalankan.


“Berdasarkan soal siasat mendapati mangsa menyembunyikan kejadian dan hanya membuat laporan polis setelah balik bercuti dan juga apabila disedari oleh keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Foto: Kosmo




Semalam Kosmo! melaporkan tidak sampai 24 jam kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak tersebar, satu lagi kes dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berasrama di Pahang yang mengakibatkan empat pelajar cedera dan trauma selepas dijadikan ‘karung tinju’ oleh sekumpulan senior.


Kejadian itu didakwa berlaku pada Jumaat minggu lalu apabila kesemua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dikenakan hukuman rotan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.


Menurut Mohd. Yusri tiga laporan kes buli itu diterima melibatkan pelajar di asrama sekolah di Muadzam Shah, Rompin; Maran dan juga sebuah sekolah berasrama di Lipis.


Katanya, laporan pertama diterima pada 6 Disember lalu daripada seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Muadzam Shah yang mendakwa dipukul senior kerana menyalahguna telefon bimbit hingga mengalami bengkak dan lebam di bahagian badan.


Katanya, laporan kedua diterima pada 10 Disember daripada seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Maran menyatakan dipukul oleh beberapa pelajar senior kerana dikatakan memotong barisan di dewan makan asrama sehingga mengalami lebam pada bahagian perut.


“Pada 10 Disember juga polis turut menerima laporan daripada seorang pelajar tingkatan dua menyatakan ketika berada di asrama sebuah sekolah di Kuala Lipis telah dipukul dengan tangan oleh beberapa orang pelajar senior berpunca kerana dituduh menghisap vape di asrama dan mangsa mengalami kesan lebam dan bengkak pada bahagian muka,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagiii budak2 skrg
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
apehal ni? senior tu sapa? dah ganti cikgu disiplin kah? homeroom teacher buat ape? takkan x tgk diorg? ke ade yg mengajar budak2 ni? ni baru dera fizikal. yg dera mental n emosi biasanya budak2 perempuan suka
buat. sampai berendam air mata setiap hari pun ada. yang payah nk ambik tindakan waima warden pun. i pun pernah kena but waktu dah kat uni. almost satu batch pulau kat i sbb mulut fitnah my used to be bestfriend. masa tu stress sampai i terkena vertigo teruk dah la nk dekat final pulak tu. i pulak jenis malas nk balas ckp2 die so i just stay silent sbb i tau kebenaran akan terbukti jugak and i know i was a very good friend to her. x sangka dia sanggup buat fitnah kat i sampai mcm tu. i was bullied mentally emotionally cuma i dah besar n ada lg kawan2 lain tu pun i sgt terkesan so i xleh bayangkan budak2 asrama yg dibuli mentally and emotionally. esp di kalangan pelajar perempuan.
ps: final year, pembuat fitnah terhegeh2 mintak maaf kat i plus kawan2 satu batch yg termakan fitnah. dah maafkan tp the damage was done. xde maknanya nk simpan kawan mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara isu tengah hangat ini, eloklah seluruh negara bersihkan sekolah-sekolah begini dari barah pembuli.

Pastikan hanya yang benar-benar layak sahaja boleh kekal menikmati kemudahan SBP.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo adik aku la keje buli org ni siap ko aku buli2 mcm ko buat kat org tu berkali2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 09:42 AM | Show all posts
dah patut buat akta yg hard sikit utk budak2 suka buli ni. kalau tak buli ni mmg sampai bila takkan habis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 14-12-2021 09:42 AM
dah patut buat akta yg hard sikit utk budak2 suka buli ni. kalau tak buli ni mmg sampai bila takkan  ...

bukan dah ada ke. kes buli kategori kesalahan berat di sekolah. dibuang sekolah. cumanya skrg ni gb/pengetua la ramai sapu bawah tikor. konon jaga nama baik sek. biar anak org emosi terpeleot pun.kdg terpaksa tukar sek.pembuli aman2 je sek smpai habis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 01:42 PM | Show all posts
memang buang sekolah, tapi tak mudah. proses nak cari sekolah baru, permohonan, penerimaan, kelulusan, rayuan lagi.. hujong2 ada je yang kekal sekolah tempat dia buat taik tuh.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 14-12-2021 08:02 AM
apehal ni? senior tu sapa? dah ganti cikgu disiplin kah? homeroom teacher buat ape? takkan x tgk dio ...

Kena vertigo tu macmana, cepat pitam ke dada caving in
Buli ni jadi masa sendiri bila kau more cultured dari most yang perangai sosial giler tak semenggah nun
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Warden pun tau pelajar kena buli. Tapi biarkan kononnya nak bagi budak tu berani
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
babi         
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hanat         
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
celaka            
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:13 PM | Show all posts
ketupatnasi replied at 14-12-2021 01:42 PM
memang buang sekolah, tapi tak mudah. proses nak cari sekolah baru, permohonan, penerimaan, kelulusa ...

ujung2 kabel rupanyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nama and shame.. biar dia rasa pula kena buli but this time mentally. Kalau nak punish physically, sila buat ala john kramer ya baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tersedar ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061342 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list