View: 1392|Reply: 20
|
Letak Jawatan Beramai-Ramai Sebab Ketua Enggan Bagi Cuti Jaga Kucing Nazak
[Copy link]
|
|
London – Lebih 20 pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat bertindak meletak jawatan beramai-ramai selepas mendapat tahu mengenai insiden seorang pengurus yang menengking seorang pelatih hanya kerana dia ingin memohon cuti bagi menjaga kucingnya yang nazak, lapor akhbar Daily Star.
Menurut salah seorang pekerja terlibat yang berkongsikan mengenai perkara itu di laman Reddit, dia dan beberapa rakan sekerjanya menyaksikan insiden tersebut ketika sedang bekerja.
Pengurus berkenaan dilaporkan menengking pelatih tersebut dengan menyatakan bahawa kucing bukanlah manusia. Pelatih berkenaan turut tidak dibenarkan untuk mengambil cuti melainkan ‘manusia’ yang sedang nazak.
Foto: Getty
Tambah lelaki tersebut, perkara itu sepatutnya dibincangkan secara tertutup, namun pengurus berkenaan menengking dengan kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja terdengar perbualan itu.
Dia turut mengaku bahawa sudah tidak tahan bekerja di syarikat itu yang telah memotong gaji para pekerjanya meskipun mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Beberapa pekerja turut merancang untuk berhenti kerja sehingga hujung tahun ini, namun insiden tersebut telah membuatkan mereka berasa ‘hilang sabar’ untuk terus bertahan di situ.
Selepas beberapa pekerja menghantar surat berhenti, kira-kira 10 pekerja lain bertanyakan mengenai hal tersebut dan dalam hanya beberapa hari, perkara itu mula tersebar.
“Lebih 20 pekerja kemudiannya menghantar email berhenti kerja yang kemudiannya disekat oleh pengurusan syarikat bagi mengelakkan lebih ramai lagi pekerja mengambil tindakan serupa,” kata lelaki tersebut.
Susulan insiden itu, pengurus terbabit dikenakan tindakan disiplin dan berdepan dengan risiko kehilangan kerja.
“Saya tidak berasa simpati kepadanya kerana dia seorang yang menjengkelkan. Namun, keluarganya akan susah kerana dia tidak mempunyai skil-skil pemasaran selain Power Point,” kata lelaki itu. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah cuti,sebab kucing aku sakit.. nk bawak g klinik.. tp,aku xbgtau la nk cuti sebab apa.. cuti hak aku gitchewww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kira tere gak manager tu power point..manager lain lagi hauk tak tau langsung..canva lagi la ohmaigadwhatizat? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kucing nazak ko nak ajar mengucap ka?
nak jadi animal lover ni kena betul cara. ko pakaikan baju, sediakan tempat tidur wangi2 tak bagi sepah2 itu menyeksa sebenarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau kucing bakal menderita panjang dari kemampuan rawat terus gi euthanised
Contoh strays kena gelek kereta sampai busuk2 kaki berulat, sini takda vet yg buat operation
Kalau dilahirkan lumpuh tu tidaklah itu disability |
|
|
|
|
|
|
|
Bos, saya nk cuti.
Sebab apa nak cuti?
Kucing saya demam bos. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai2 dah nak berenti pun kan sebab kes gaji. Kes ni jadi penguat untuk mereka berani bertindak segera je. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya la...baik hilang seorang pengurus yg menjengkel kan dari hilang pekerja lain |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku ckp kat kawan dia.....mcm ridiculous kucing mati pon nak amik cuti...
tp betoi la mcm ko cakap....hak dia, cuti dia, suka hati dia la kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
merrissa: kawan aku ckp kat kawan dia.....mcm ridiculous kucing mati pon nak amik cuti...tp betoi la mcm ko cakap....hak dia, cuti dia, suka hati dia la kan...
kalau baru kerja psatu mintak cuti mmg hujung kena maki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kucing manusia.....if ko lahir jadi babi hutan who cares juga kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang kucing manusia.....if ko lahir jadi babi hutan who cares juga kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lantik nd lala ganti pengurus tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni haiwan peliharaan boleh jadi tempat emotional support pemiliknya. Memang wajar jika polisi kerajaan dan majikan beri benefit kepada orang yang ada pet. Sama ada dalam bentuk pelepasan cukai pendapatan, cuti atau sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
dia punya cuti, dia punya suka la kan...
tak kisah la apa alasan dia untuk bercuti...
salty sangat staff nak cuti.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow Mr Scrooge betul ye majikan syarikat ni...iskkk...kalah Ebenezer Scrooge. |
|
|
|
|
|
|
|
lipans replied at 13-12-2021 01:06 PM
Bos, saya nk cuti.
Sebab apa nak cuti?
"Lu berhenti lor...lu tak mau..wa angkat manggala lor...ini Malaysia talak susah ini hal lor"- |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu boss kakak aku macam ni lah. Mak kitorang yang sakit. Boss dia kata mak tak mati lagi kan so u kena kerja. Komunis sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
for me.. selagi ko ada cuti, so cuti jer lah. As long man power cukup, kerja takde tangguh.. Aku cuma paling pantang staff yg suka amik cuti last minit, sebab payah aku nak susun man power. Nak cuti, apply awal2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|