CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 962|Reply: 8

[Tempatan] Rugi RM648,800 ditipu kenalan dari luar negara

[Copy link]
Post time 12-12-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Rugi RM648,800 ditipu kenalan dari luar negara




  • Oleh MASZUREEN HADZMAN
  • 12 Disember 2021, 7:39 pm


PETALING JAYA:  Tindakan seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans terlibat dalam skim pelaburan mengundang padah apabila dia mengalami kerugian sebanyak RM 648,800.
Mangsa berusia 40 tahun itu dipercayai  menjadi berkenalan dengan seorang lelaki warga asing pada Oktober lalu menerusi nombor telefon antarabangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam tempoh perkenalan tersebut, suspek memberi pautan aplikasi untuk mangsa memuat turun aplikasi pelaburan Bitcoin.

Kata beliau, mangsa   memuat turun aplikasi tersebut dan memindahkan wang ke dalamnya.
“Mangsa juga diperdaya dengan memasukkan wang sebanyak RM1,000  ke dalam satu akaun yang diberi oleh suspek.

“Hasil daripada itu mangsa dijanjikan memperoleh keuntungan sebanyak RM800.
“Sejak itu, mangsa mula yakin apa yang dikata suspek dan telah memasukkan wang ke lapan akaun berbeza dan sebanyak 31 transaksi dilakukan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Mohamad Fakhrudin, mangsa mula curiga ditipu apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan.
Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan perkenalan dalam talian.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji seseorang yang baru dikenali terutama di media sosial,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 05:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer la ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 07:13 AM | Show all posts
hampir setiap minggu ada ja mangsa2 scammer
patut nya mangsa
hp mahal2
update la ilmu dgn isu2 semasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Naper ah pempuan2 ni bangang sangat
Aku nak try love scam gakla
Biasa scamer internet ni jarang tertangkap

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 08:41 AM | Show all posts
susah jugak jadi org banyak duit ni,asik ade je yg nk nipu,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2021 08:47 AM | Show all posts
Tered ni dh ade kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 09:25 AM | Show all posts

haah dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 09:26 AM | Show all posts
Kaya tu..  Sian.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:19 PM GMT+8 , Processed in 1.139671 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list