CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 565|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 11/12/2021

[Copy link]
Post time 11-12-2021 11:05 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 287 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 236,925 kes. Sebanyak tujuh (7) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di Tuaran, dua (2) kes di Lahad Datu manakala masing-masing satu (1) kes di Keningau dan Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 359 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 227,425 orang. Manakala 1,087 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 533 orang di hospital, 544 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan (orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 49 orang merangkumi 48 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) manakala 15 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 33 (25.38%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Setelah mencatatkan penurunan 66 kes kelmarin, jumlah kes di Sabah meningkat 24 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 287 kes.

b. Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 57 kes (+10), diikuti Papar dengan 37 kes (+25) dan Ranau 33 kes (+19). Tuaran, Kota Belud dan Penampang mencatat penurunan jumlah kes harian walaupun pada skala yang kecil.

c. Kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah paras 20 kes dengan 15 daerah hanya mencatatkan satu (1) angka sahaja. Tidak ada kes baharu di tiga (3) daerah.

d. Seramai 54 orang (19%) daripada 287 pesakit hari ini melibatkan warga asing dan secara keseluruhan 132 pesakit (46%) adalah wanita. Hampir 20% daripada jangkitan hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin. e. Seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 yang mana pesakit dalam kategori ini hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di rumah atau PKRC. Hanya seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5. Kes yang melibatkan tujuh (7) lagi pesakit masih dalam penilaian lanjut JKNS.

f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (142) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2021 11:06 PM | Show all posts
Sabah rekod 287 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 287 kes baharu COVID-19 hari ini meningkat 24 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi semalam dengan 57 kes, diikuti Papar dengan 37 kes dan Ranau 33 kes.

"Tuaran, Kota Belud dan Penampang mencatat penurunan jumlah kes harian walaupun pada skala yang kecil.

"Kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah paras 20 kes dengan 15 daerah hanya mencatatkan satu angka sahaja. Tidak ada kes baharu di tiga daerah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 54 orang daripada 287 pesakit hari ini melibatkan warga asing dan secara keseluruhan 132 pesakit adalah wanita.

Katanya, hampir 20 peratus daripada jangkitan hari ini melibatkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

"Seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang mana pesakit dalam kategori ini hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di rumah.

"Hanya seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, 4 dan 5. Kes yang melibatkan tujuh lagi pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya.


.utusanborneo.com.my/2021/12/11


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2021 11:24 PM | Show all posts
COVID-19 : 20 Peratus Kes Jangkitan Libatkan Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun

KOTA KINABALU : Hampir 20 peratus daripada 287 kes jangkitan COVID-19 yang direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kanak-kanak bawah usia 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 132 pesakit atau 46 peratus daripada jumlah kes jangkitan hari ini adalah terdiri daripada wanita.

Katanya, seramai 54 orang atau 19 peratus daripada jumlah jangkitan hari ini turut melibatkan warga asing.

“Setelah mencatatkan penurunan 66 kes semalam, jumlah kes di Sabah meningkat sebanyak 24 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan  287 kes.

“Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 57 kes (+10), diikuti Papar dengan 37 kes (+25) dan Ranau 33 kes (+19),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Tuaran, Kota Belud dan Penampang mencatat penurunan jumlah kes harian walaupun pada skala yang kecil.

Katanya, kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes di bawah paras 20 kes dengan 15 daerah hanya mencatatkan satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga daerah.

“Seramai 277 orang daripada 287 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan  2 yang mana pesakit dalam kategori ini hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di rumah atau PKRC.

“Hanya seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, 4 dan 5 manakala kes yang melibatkan tujuh  lagi pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.


sabahmedia.com/2021/12/11

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042799 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list