View: 2163|Reply: 17
|
"Saya Cemburu Masa Saya Menang Tiada Wang Tunai" - Nam Ron
[Copy link]
|
|
"Saya cemburu sebab masa saya menang tidak ada wang tunai."
Pelakon Nam Ron mengulas inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) apabila penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) memberikan wang tunai sebagai hadiah kepada setiap pemenang.
Nam Ron berkata, perkara itu wajar diteruskan pada penganjuran akan datang selain mencadangkan menambah nilai wang kemenangan itu.
Kredit foto: IG Nam Ron
"Bagus apabila diperkenalkan semula hadiah wang tunai ini. Kita tahu bahawa dengan keadaan sekarang tidak banyak bantuan yang diperoleh membabitkan anak seni. Jadi, dengan dapatnya wang tunai ini ia satu lagi bentuk bantuan yang boleh digunakan. Bagi saya wang kemenangan ini harus ada macam FFM dulu-dulu. Malah, kalau dulu dapat banyak lagi. Seingat saya kali terakhir dapat masa Pekin Ibrahim menang, tapi tak ingat berapa.
"Bagi yang pernah pernah dapat itu rezeki mereka. Tapi masa akan datang teruskan dan gandakan nilai lagi baik. Cari lagi seberapa banyak penaja," katanya kepada Harian Metro.
Pada FFM31, Nam Ron tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Roh, namun tewas kepada Zul Ariffin daripada filem Sangkar.
"Saya tidak menjangka apa-apa pun. Bagus juga orang lain menang sebab saya pun sudah pernah menang pada FFM29 menerusi filem Redha.
"Jadi, okay saja kalau orang lain pula menang. Saya tengok Zul banyak peningkatan dari dulu lagi. Sekarang pun tengok kemajuan dia dalam lakonan lebih baik dan matang," katanya.
Kredit foto: Harian Metro
Pandangan Nam Ron itu turut disokong pelakon dan pelawak AR Badul.
"Bagus FFM31 (Festival Filem Malaysia ke-31) sebab bagi duit pada pemenang
"ada zaman saya (FFM8) masih ada wang kemenangan. Kategori Pengarah Terbaik saya dapat RM10,000 dan Pelakon Lelaki Terbaik dapat RM5,000. Selepas itu tak ada selama beberapa tahun.
"Apabila kali ini ada duit tu ia satu kelainan. Walaupun sikit pun tetap duit. Bagi saya, duit kemenangan itu sedikit sebanyak memberikan semangat pada pengkarya. Apatah lagi sekarang ini orang cakap zaman susah. Dapatlah tambah pendapatan.
"Harap teruskan dan tambah lagi pada masa akan datang. Zaman pun sudah berubah, jadi jumlah pun bolehlah tambah. Lagi orang bertambah semangat. Macam penganjuran sebelum ini tak tahu sebab apa tak ada," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Takde pun dia cakap dia cemburu dlm artikel ni. Haish tak baik fitnah tau... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 11-12-2021 02:51 PM
Tengok pada sponsor juga kan?
Memang bagus bagi duit tapi khas untuk anugerah ni yer. Kalau anuge ...
Kaka duda ni hahahahaha tak baik tau. Kang dia pose topless lagi baru tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Sian level2 namron ni..org xamik utk bt review produk..
Follower pon sendu
Padahal bbakat besar
Nasib badannn..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 11-12-2021 03:20 PM
Sian level2 namron ni..org xamik utk bt review produk..
Follower pon sendu
Dia yang tak pandai explore market and exploit social media platform. Lagi kan career weols pun sudah terasa heat nya perlu glamour mencapub di soc media, career beliau apatah lagi. Sangat2 perlu utk menguasai media social. |
|
|
|
|
|
|
|
addamnor replied at 11-12-2021 06:03 PM
Dia yang tak pandai explore market and exploit social media platform. Lagi kan career weols pun su ...
Xsemua org extrovert and attention seeker.. Huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
nak kekal relevan berada di dalam dunia hiburan, kena move forward kena jadi extrovert, kena pandai exploit suasana semasa.zaman sekarang ini social media merupakan platform yang sangat penting kepada hiburan.
bukan lagi majalah, bukan lagi program hiburan on screen, bukan lagi blog2 gossip, bukan lagi wartawan pondan hati cepat sentap itu
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor replied at 11-12-2021 06:16 PM
nak kekal relevan berada di dalam dunia hiburan, kena move forward kena jadi extrovert, kena panda ...
Ramai je dh move forward jadi extrovert buat gimik2 murahan tetaplaaaa sendu...dh nasib badannn |
|
|
|
|
|
|
|
Well, fauziah nawi tetap bole buat review. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 18-1-2022 08:02 AM
Normabaru: Sian level2 namron ni..org xam ...
................ |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi sblm ni depa dapat trofi tu jela semata2 eh?
Patut la ada yg selamba je lelong trofi tu.
Tapi kalau hat abpbh ok la nak jual ke apa hat terbaik ni ok je kot nk simpan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru: Sian level2 namron ni..org xam ...
Sama jugak dng Ungku Ismail.. Berlakon best.. Tapi tak pernah dengar dapat anugerah FFM |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kan rezeki bang namron oii... |
|
|
|
|
|
|
|
X pelah bang namron. Yg penting bila sebut nama bang namron benda pertama terlintas kualiti. Itu sendiri x mampu dibeli dgn wang ringgit |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 11-12-2021 03:20 PM
Sian level2 namron ni..org xamik utk bt review produk..
Follower pon sendu
Ko ambik la dia....
Cakap tak guna tembak tak kena....
Kalau nak cakap berbakat, ko pun berbakat......berbakat dayuskheun laki....tapi ini dulu la sebelum status skg......
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 12-12-2021 08:02 AM
Itu kan rezeki bang namron oii...
Mungkin Dia confident agaknya rezeki tersilap alamat?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Academy awards mmg xpnh bg hadiah wang tunai. Award tu pn xpnh tukar design kecuali saiz jer. Grammy awards pn sama. Sbb kemenangan itu pun dah cukup berprestij utk naikkan reputasi seseorg artis tu.
Rasanya lebih baik semua pemenang tu ditawarkan job utk projek bersama finas. Yg menang aktor, aktres, pengarah, penulis skrip, lakon layar, bgabung bawah satu projek dgn geran finas bjumlah 10 juta. Ada bran? |
|
|
|
|
|
|
| |
|