Gara-gara sering menggunakan putik kapas untuk mencuci dan membersihkan kotoran di dalam telinga, seorang gadis mengalami kesakitan di telinganya sehingga mengeluarkan nanah.
Menerusi satu perkongsian video oleh @faridaharshad di laman TikTok, gadis tersebut menjelaskan pada awalnya dia hanya menyangka air yang keluar dari telinga adalah air biasa, tetapi sebenarnya nanah sambil menunjukkan kapas yang mempunyai cecair tersebut.
Menurut keterangan pada video tersebut, kesakitan yang dialaminya semakin hari bertambah sakit sehingga terdapat letupan di telinganya.
Foto: Tiktok
“Malam tadi tak tidur langsung, sebab telinga saya sakit dan saya tak tahu ada apa, tapi saya letak kapas.
“Saya dah guna tiga hingga empat kapas, masih basah dan nanah keluar banyak. Sekarang saya dalam perjalanan nak ke hospital,” katanya sambil menangis menerusi video tersebut.
Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut, turut berkongsi cerita dan pengalaman mereka di ruangan komen.
“Saya tak pernah cuci sampai dalam, tapi dinding telinga bengkak dan kemudian tak pernah cuci guna putik kapas langsung dah, kalau nak buang tahi telinga pergi klinik terus,” kata @Ladybear.
“Pernah juga jadi tapi gegendang telinga tak ada masalah, sumpah sakit sangat sebab selalu cuci telinga sampai keluar darah,” kata @adam.
“Saya tengah laluinya sekarang, sakit sangat, sampai sakit separuh kepala hingga demam. Serik rasa nak guna lagi, hampir sebulan tanggung kesakitan,” kata @DHIAA. -CARI
err...actually putik kapas atau cotton bud ni , i dah perhati sangat jarang dah dijual di farmasi i mean may be i tak perasan tapi sangat sangat jarang dah , rasanyalah.
dan lagi satu cotton bud tu gunanya hanya untuk bersihkan rawan cuping telinga je , i.e your earlobe bukan untuk dimasukkan ke dalam salur telinga tu dan bersihkan wax/ cerumen / tahi telinga iaitu sel sel tisu telinga berserta secretion rembesan sikit.
Kalau nak cuci cerumen tu , pi ENT , depa ada alat khas untuk keluarkan IMPACTED WAX, tahi telinga yg terkeras and terkumpul.
Post time 10-12-2021 11:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jarang korek telinga kecual bila rasa gatal. Tu pun takda la lama sebab belajar biologi zaman skolah tau la dalam tu kulit nipis. Kalau dok korek sampai kering wax memang la luka.
bukan salah cotton bud 100% tapi salah ko rodok sampai cedera dan kotor lalu kena infections.
Lepas tu dah tau sakit kenapa tunggu berhari2 sampai bernanah bagai baru nak berubat.
Ear wax tu sepatutnya akan keluar secara natural tapi kalau dah banyak sangat boleh lah sapu2 bahagian luar telinga yang penting jgn jolok push lagi wax tu ke dalam.
Post time 10-12-2021 11:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Doktor dekat ENT pun tabagi kita korek-korek telinga, dia bagi perumpamaan tengok macam mana kucing korek telinga, just tepi kat luar jah, bukan Jho Lok Jho Lok sampai ke dalam, tu yang sampai cotton bud tersangkut dalam telinga pelbagai, kohkohkoh...