CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: natrahn

Lagi Kejadian Buli, Di Maktab Katanya-"Pergi Sekolah Bukan Jadi Manusia, Tapi Jadi Setan"

  [Copy link]
Post time 13-12-2021 10:53 AM | Show all posts
Macamana nak 100% kawal, kat penjara yg dipantau sepanjang masa pun ada juga yg kena buli, inikan lagi sekolah asrama.  Elok elemen2 ragging walaupun kecil2an dari awal pentadbir kena control. Even kalau ada senior suruh ambik air kat water cooler pun kantoi terus buang.  Benda2 macam ni yg selalu melarat, bila kena suruh budak2 akan buat muka, bila buat muka naik la pulak kena makan penampar. Pastu among senior akan blacklist budak tu, salah sikit je kena belasah. Ni zaman aku dulu la. Tu belum lagi yg kena suruh basuh baju, keluar curi belikan rokok bla2, kena pau duit.. memang la tarik muka.

Teringat masa baru2 masuk uni, masa awal2 duduk dorm. Ada jugak senior yg nak buat perangai senior-junior macam sekolah asrama. Aku maki je pergi mati la kalau berani 1 on 1 la. Dah masuk level uni pun nak perangai macam sekolah. Aku berani la pasal depa senior pun berapa kerat yg perangai mcm tu, tak mcm sekolah memang sepakat.  Macam biasa la, yg tunjuk gangster ni berani bila ramai je, bila sorang2 penakut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 10:59 AM | Show all posts
rikiruj replied at 13-12-2021 10:53 AM
Macamana nak 100% kawal, kat penjara yg dipantau sepanjang masa pun ada juga yg kena buli, inikan la ...

senior uni yg buat perangai camtu selalunya bekas budak sekolah harian.rasa best je bila dgr kwn2 ex sbp/mrsm citer pengalaman zaman sekolah.tu yg dia pun teringin
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 07:14 PM | Show all posts
dah x ada update ye kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 13-12-2021 07:14 PM
dah x ada update ye kes ni?

Gantung sekolah je

https://ohbulan.com/enam-pelajar-terlibat-kes-buli-digantung-sekolah-nama-sekolah-henry-gurney-trending-di-twitter
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 13-12-2021 07:14 PM
dah x ada update ye kes ni?

Aku baca latest news kata budak santeesh tu tegur sorang budak tu tengok porno kat phone katanya. Pastu budak form 3 tu ajak ramai2 pergi tumbuk sepak dia. Kemain gengster lagi.. dah tengok porno pastu membuli pulak. Selayaknya lah kena tangkap sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 13-12-2021 01:30 AM
perasan. dia jadi sensitif, kuat marah-marah kat rumah. pantang tak kena sikit, dia mengamuk
tapi  ...

Vavi...anying...cibaiiiiii..
Maaf sbb memaki...
So now.. apa jadi dgn pembuli2 tu.. dah beranak pinak ke? Apa fb pembuli2 tu.. siallllllll....
Kesan kena buli ni... kesan fizikal tu will fadeaway tp kesan emosi tu yg sgt parah... aku ada baca komen kat fb... dia kata buli ni adat resam je... bertahan lah... klu nak berjaya cemerlang.. klu nak ubah nasib keluarga..
Lahanat punya opinion seolah mcm sekolah harian x boleh berjaya...
Kenapa ya ada yg x setuju pembuli2 ni kena buang mrsm? Konon diaorang masih ada masa depan.. konon bg diaorang peluang kedua... apa di sekolah harian x de masa depan ke??? Buang je dorang.. n campak kat sekolah harian mana2... biar semua tu jadi pengajaran seumur hidup.... bukan senang nak masuk mrsm.. dah dpt peluang sia2 kan pulak... kalau setakat gantung.. apa lah sgt .. vavi vavi vavi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2021 03:36 PM | Show all posts
JunkMail replied at 14-12-2021 02:52 PM
Aku baca latest news kata budak santeesh tu tegur sorang budak tu tengok porno kat phone katanya.  ...

terima kasih untuk update

takut ler tu kantoi tgk porn
lepas tu acah2 gangster p pukul santesh
padahal takut santesh roger cikgu ler tu (aku agak je ni)


setakat hukum gantung 2 weeks sangat tak berbaloi
sudah lah kecik2 tgk porn..kaki pukul pula

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2021 04:59 PM | Show all posts
gekkou replied at 14-12-2021 03:36 PM
terima kasih untuk update

takut ler tu kantoi tgk porn

betul tu...

https://odisi.my/2021/12/30605/


Pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar yang menjadi mangsa buli membabitkan enam rakan setingkatan kini dirawat di sebuah hospital di Selangor.


Mangsa difahamkan telah mengalami kecederaan soft tissue atau kecederaan tisu lembut dalam badan dan kini dalam keadaan stabil.


Tegur jangan tonton video lucah punca dibuli rakan MRSM


Siasatan polis mendapati punca kejadian buli tersebut hanya kerana mangsa menegur rakan agar tidak menonton video lucah, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.


“Berdasarkan temubual itu, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.


“Ini antara punca mengapa enam pelajar itu marah dan bertindak memukul serta membuli mangsa. Seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarahkan enam pelajar terbabit untuk menumbuk mangsa,” katanya kepada media.


Menurut beliau, seramai 10 pelajar yang terlibat ditahan untuk dirakam percakapan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.


Tegur Tonton Video Lucah Pelajar MRSM Dibuli


Pihaknya juga telah merampas 11 buah telefon bimbit untuk dihantar ke bahagian forensik bagi melihat kandungan dalam peranti berkenaan.


“Setakat ini, dua laporan polis diterima berkaitan kes tersebut iaitu daripada pengetua sekolah dan bapa mangsa. Kertas siasatan kes itu akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan,” katanya.


Jumaat lalu, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.


Video tersebut mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.


Sementara itu, Ketua Pengarah MARA memaklumkan bahawa Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 05:58 PM | Show all posts
matjerk replied at 14-12-2021 03:11 PM
Vavi...anying...cibaiiiiii..
Maaf sbb memaki...
So now.. apa jadi dgn pembuli2 tu.. dah beranak pi ...

tak tau. sejujurnya, lepas dapat result SPM dulu, dah tak pandang sekolah tu lagi. banyak kenangan buruk je
pembuli2 tu pun kami dah tak amik port. tak follow perkembangan diorang.
lepas adik bongsu habis sekolah, kami satu family pindah ke negeri lain. sampai camtu sekali nak jauh dari sekolah tu punya pasal.
abang dulu dah habis sekolah pun macam sensitif lagi, mengamuk, marah2. lepas tu kami pindah rumah, bertahun kemudian, dia pun jumpa doktor, makan ubat, sekarang alhamdulillah dah ok.

orang yang kasihan kan pembuli ni, serius aku tak tau nak cakap apa. tak faham pemikiran diorang
sebab aku di pihak mangsa buli. memang aku takkan kompromi kes buli langsung
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 05:59 PM | Show all posts
natrahn replied at 14-12-2021 04:59 PM
betul tu...

https://odisi.my/2021/12/30605/

terima kasih bagi update

baca perenggan last tu
maknanya budak-budak ni diberhentikan sekolah terus ye?
masak la parent nk cari sekolah baru utk anak
semoga budak bersepuluh ni insaf
dan jadikan pengajaran apa yang berlaku
setahun lagi org lupa dah sapa mereka2 ini
jadi tidak lah harapan kelam malam terus

kalau ada rezeki sambung pengajian
doakan saja anda tidak dibuli pula




Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 07:05 PM | Show all posts
Edited by akubest at 14-12-2021 07:21 PM

akak dulu sbp gak...tapi sbb pompuan abes2 dicerca berjemaah je la.
tak de fizikal pon. cuma akak dulu sekolah rendah bapak garang gile.

so bila senior2 berjemaah nak mental torture akak, akak was like
tu je ke????
aku penah tumbuk  budak laki kut sbb acah2 nak buli aku
bpk aku plak garang gile. so setakat garang kau tu, ko simpan je la dlm poket.

so apa senior tu caci maki aku buat dek je.
tapi bila junior masuk aku tak de plak nak buli derang ke apa

sbb aku mcm ek ele... hingus pon meleleh aku hentak demam kang
hahahahhaha
so akakak idakle membudayakan budaya tu sbb akak rasa bodoh low
self esteem je semua pembuli2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 07:08 PM | Show all posts
actually pada akak sebab buli ni dah macam cancer tarap 4 kalo kat mesia
sampai dah meninggal dah pon so benda ni takleh finger pointing at one side je
salah kan pengetua la, warden la, cekgu la, parents la, menteri la, kementerian la
everybody kena berubah and take part sbb ini mmg masalah negara

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 07:11 PM | Show all posts
mcm sekolah harian budak jahat pon at least cekgu/sekolah jaga anak ko sampai pukul 1-2 je pastu responsibility shift to parents bila luar waktu sekolah

utk asrama, sekolah/pengetua/warden kena didik anak kau full time tau. so agak tak fair kalo nak salahkan 100 persen kat management sekolah.  tu sbb byk saringan nak masuk mrsm/sbp, sbb sepatutnya budak2 yg SIAP je masuk, so tugas sekolah just to the betterment of the student

masalah skang bebudak yg masuk ni TAK SIAP dari segi akhlak nya. salah sapa? mestilah PARENTS. tayah la nak bg alasan kat umah baik, ikut kawan la jadah... tu semua asal didikan dr rumah. kalo tak jadi tu accept la ko sebagai failed parents, bukan salahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 07:20 PM | Show all posts
matjerk replied at 14-12-2021 03:11 PM
Vavi...anying...cibaiiiiii..
Maaf sbb memaki...
So now.. apa jadi dgn pembuli2 tu.. dah beranak pi ...

mrsm perabih byk duit taxpayers kut untuk sponsor bebudak ni boarding schoolselayaknya la dibuang je bebudak jahat ni
tak payah la masa depan sgt... semua ada mak bapak lagi

so far akak puashati je ngan tindakan mrsm HQ
akak mmg tau byk je kes tutup sampai pengetua
tapi selalunya kalau kes ke HQ mmg no hampon bagimu

satu yg akak nmpk mostly parents budak yg kena buli ni
selalunya jenis berani and tak amik mudah and selalunya somebody lah
first time report pengetua, kalo second time report polis je terus
jgn bagi can.



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 14-12-2021 07:20 PM
mrsm perabih byk duit taxpayers kut untuk sponsor bebudak ni boarding schoolselayaknya la dibuang  ...

Dgr kata yg kena buli tu budak india.. nama sateesh
N katanya kuota non bumi biasanya b40..
Adakah sateesh ni anak org susah.. penoreh getah ke... or kerje2 biasa..
Sedih plak hati aku. Kenapa x de langsung post2 yg kenal sateesh ni, post mak ayab or relative dia ke.. yg nak membela nasib dia ke.. siapakah sateesh.. ?
Risau plak aku klu dia masih x selamat di situ..mana tau ada lagi geng2.pembuli tu yg nak bls dendam ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 02:16 AM | Show all posts
caprut replied at 12-12-2021 08:08 PM
Aku pnh kena pkul lebih dari 10 org 10 tahun lpas. Smpai skrg aku trauma dan org yg pkul aku da ha ...

Eh, gila btul, psl apa uol kna smpai camtu skli?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 02:18 AM | Show all posts
akubest replied at 14-12-2021 07:11 PM
mcm sekolah harian budak jahat pon at least cekgu/sekolah jaga anak ko sampai pukul 1-2 je pastu res ...

Budak2 tu kat rumah baik sbb ada parents kat tepi, sbb tu pndai brlakon baik. Kat luar parents xde kat tepi, kluar sgla prngai jahat2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 02:22 AM | Show all posts
Adrif replied at 14-12-2021 05:58 PM
tak tau. sejujurnya, lepas dapat result SPM dulu, dah tak pandang sekolah tu lagi. banyak kenangan ...

Kesan d buli ni mmg akn ada smpai bila2, wlaupun kita dh jdi dwasa pstu jdi org tua. Iol dlu pun mngsa buli msa iol Drjh 5 dlu time skolah rndah, smpai skrg lgi iol ingt muka pmbuli2 tu mcmna & smpai Drjh 6 pun sma jugak, prnh kna buli. Msa tu lgi iol pndek & x brani mlawan, hai lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 02:23 AM | Show all posts
Adrif replied at 13-12-2021 01:30 AM
perasan. dia jadi sensitif, kuat marah-marah kat rumah. pantang tak kena sikit, dia mengamuk
tapi  ...

Sialannya pmbuli2 tu, iol hrp dorg smua dh mti kna lenyek dgn treler kayu balak. Kurg ajr tol.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 02:25 AM | Show all posts
Adrif replied at 13-12-2021 01:48 AM
tu la kan. silap cerita kat orang, lagi2 jenis victim-blaming ni, salah mangsa buli sebab kena puk ...

Sbb dlm dunia ni sllunya pmbuli pndai putar belit crita, dia yg jahat tpi dia crita kat org lain yg knonnya kita plak yg jahat kat dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059283 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list