Kejadian buli dalam kalangan remaja tidak pernah berkurang, bahkan semakin merisaukan banyak pihak.
Terbaru, viral di laman Twitter video beberapa remaja sedang membuli seorang remaja yang lain.
Menerusi ruang komen, khabarnya ia berlaku di sebuah asrama sebuah maktab namun lokasinya masih belum diketahui.
Sesungguhnya alasan kuarantin dan pergerakan terhad bukanlah satu tiket untuk membenarkan kejadian buli berlaku. Banyak lagi aktiviti berfaedah yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang.
Video ini mendapat lebih 200k tontonan dan mendapat pelbagai reaksi warga maya yang pastinya sangat marah dengan kejadian buli ini.
Kredit Foto - Twitter @magmalaya
Rata-rata mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera ke atas pelajar-pelajar yang terlibat.
Nampaknya, biarpun pelbagai garis panduan, peringatan dan nasihat dihimpunkan menerusi media massa, penyelesaian gejala sosial ini masih kabur.
Agaknya siapalah yang boleh diharapkan untuk menangani isu buli ini? -CARI
|