Sekali lagi Neelofa mencuri perhatian apabila menerima hadiah berupa barangan bayi jenama Christian Dior.
Hadiah tersebut adalah daripada YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sutan Abdullah, iaitu puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustada Billah Shah.
Video yang dimuat naik Neelofa melalui IG Story itu tular di TikTok selepas seorang pengguna memuat naiknya semula.
 Babe So Sweet! Bayi Dalam Perut Dah Dapat Dior, Neelofa Teruja Anak YDPA Bagi Hadiah
"Baby Lofa belum lahir lagi dah dapat DIOR,"tulisnya.
Melalui video tersebut dapat dilihat Lofa sangat teruja menrima hadiah dan kad ucapan daripada sahabatnya itu.
Bagaimanapun ketika membaca kad ucapan tersebut, Neelofa dilihat menutup bahagian yang tertera jantina bayi berkenaan.
Ramai yang dah mula berteka-teki tentang bayi yang bakal menjadi perhatian itu kelak.
Mesti ramai dah teruja menanti kelahiran anak Neelofa dan Haris, tak gitu?-CARI |