CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1604|Reply: 10

Bella Dowanna Enggan sia-sia waktu muda

[Copy link]
Post time 10-12-2021 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Enggan sia-sia waktu muda


BIJAK bawa diri dalam dunia glamor yang penuh dugaan dan cabaran.

PERJALANAN seni pelakon muda, Bella Dowanna semakin membuahkan hasil apabila kehadirannya pantas meraih perhatian ramai.

Selepas kejayaan dalam drama bersiri Budak Tebing di TV3, pemilik nama sebenar Qystinna Istajibilla Dowanna Halim ini dihujani pelbagai tawaran berlakon.

Terbaharu, gadis berusia 18 tahun itu membintangi sitkom berjudul #Cheritera yang sudah menemui penonton di TV9.

Mengakui bersyukur dengan setiap limpahan rezeki yang diterima, Bella bagaimanapun enggan mensia-siakan kehidupannya tanpa mengambil peduli soal akademik.

Bella berkata, dia kini melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Shah Alam, Selangor dalam bidang seni kulinari.


Saya bersyukur dengan setiap rezeki dan tawaran yang diperoleh ketika ini. Bagaimanapun, saya tidak boleh sia-siakan masa depan saya. Saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang seni kulinari.

"Jadi, kalau ada penggambaran yang mengambil masa panjang, saya terpaksa melakukannya ketika cuti semester, tapi sekarang ini kelas masih dilakukan secara dalam talian, sekali gus tidak memberi tekanan.

"Namun, sebaik memasuki semester kedua nanti, saya kena susun semula jadual saya supaya tidak mengganggu waktu kerja dan pengajian," katanya.

Bella berkata, keputusan untuk melanjutkan pelajaran adalah inisiatif sendiri kerana soal akademik tidak boleh diabaikan.


BERLAKON dalam sitkom #Cheritera beri pengalaman baharu.

"Saya sendiri nak sambung belajar sebab tak nak sia-siakan waktu muda dengan bekerja semata-mata. Saya perlukan ilmu untuk bekalan pada masa depan.

"Walaupun saya tahu kerjaya lakonan ini penting, tapi ilmu juga adalah sesuatu yang perlu ditimba dan sekurang-kurangnya saya dapat memegang segulung ijazah," katanya.

Elak kontroversi

Melihat sisi kehidupan Bella, gadis kelahiran Ipoh, Perak itu dilihat bersih tanpa kontroversi, sekali gus bijak membawa diri dalam dunia glamor yang penuh dugaan dan cabaran ini.

Menurutnya, sebagai anak seni dia seboleh mungkin memilih untuk mengelak daripada terjebak dalam mana-mana kisah murahan, bimbang mencontengkan arang ke muka sendiri dan keluarga.

"Kalau boleh saya nak kekalkan imej bersih ini selama mungkin. Saya enggan diri saya terpalit dengan cerita murahan yang kemudian akan memberi imej tidak baik kepada diri saya.



BELLA enggan mensia-siakan kehidupannya tanpa mengambil peduli soal akademik.

"Saya tak takut dikecam sebab apa kita buat pun pasti ada yang tidak suka, tapi kalau boleh elak kita elakkan.

"Lagipun, saya enggan mencari publisiti dengan kontroversi yang tidak baik. Biar orang kenal saya dengan kualiti lakonan yang saya pamerkan," katanya.

Bercerita mengenai lakonannya dalam #Cheritera, Bella berkata, menerusi sitkom arahan Datuk Jurey itu dia memegang watak sebagai Puteri Bella.

"Ini adalah pengalaman kali pertama saya menjayakan sitkom. Sangat-sangat seronok apabila mendapat peluang ini kerana ia satu pengalaman baru.

"Saya juga diajar oleh Datuk Jurey untuk bersahaja dan tidak perlu menjadi orang lain. Cuma saya perlu jadi nakal dan jahat dalam watak ini.

"Namun, secara keseluruhannya saya tidak berdepan kesukaran sebaliknya seronok diberi peluang ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -sia-sia-waktu-muda

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 10:27 AM | Show all posts

Bella Dowanna Semakin Glamour, Elak Terpalit Cerita Murahan

Perjalanan seni pelakon muda, Bella Dowanna semakin membuahkan hasil apabila kehadirannya pantas meraih perhatian ramai.


Selepas kejayaan dalam drama bersiri Budak Tebing di TV3, pemilik nama sebenar Qystinna Istajibilla Dowanna Halim ini dihujani pelbagai tawaran berlakon.


Terbaharu, gadis berusia 18 tahun itu membintangi sitkom berjudul #Cheritera yang sudah menemui penonton di TV9.





Foto: IG




Mengakui bersyukur dengan setiap limpahan rezeki yang diterima, Bella bagaimanapun enggan mensia-siakan kehidupannya tanpa mengambil peduli soal akademik.


Bella berkata, dia kini melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Shah Alam, Selangor dalam bidang seni kulinari.




  



"Saya bersyukur dengan setiap rezeki dan tawaran yang diperoleh ketika ini. Bagaimanapun, saya tidak boleh sia-siakan masa depan saya. Saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang seni kulinari.


"Jadi, kalau ada penggambaran yang mengambil masa panjang, saya terpaksa melakukannya ketika cuti semester, tapi sekarang ini kelas masih dilakukan secara dalam talian, sekali gus tidak memberi tekanan.


"Namun, sebaik memasuki semester kedua nanti, saya kena susun semula jadual saya supaya tidak mengganggu waktu kerja dan pengajian," katanya.




  



Bella berkata, keputusan untuk melanjutkan pelajaran adalah inisiatif sendiri kerana soal akademik tidak boleh diabaikan.


"Saya sendiri nak sambung belajar sebab tak nak sia-siakan waktu muda dengan bekerja semata-mata. Saya perlukan ilmu untuk bekalan pada masa depan.


"Walaupun saya tahu kerjaya lakonan ini penting, tapi ilmu juga adalah sesuatu yang perlu ditimba dan sekurang-kurangnya saya dapat memegang segulung ijazah," katanya.


Melihat sisi kehidupan Bella, gadis kelahiran Ipoh, Perak itu dilihat bersih tanpa kontroversi, sekali gus bijak membawa diri dalam dunia glamor yang penuh dugaan dan cabaran ini.




  



Menurutnya, sebagai anak seni dia seboleh mungkin memilih untuk mengelak daripada terjebak dalam mana-mana kisah murahan, bimbang mencontengkan arang ke muka sendiri dan keluarga.


"Kalau boleh saya nak kekalkan imej bersih ini selama mungkin. Saya enggan diri saya terpalit dengan cerita murahan yang kemudian akan memberi imej tidak baik kepada diri saya.


"Saya tak takut dikecam sebab apa kita buat pun pasti ada yang tidak suka, tapi kalau boleh elak kita elakkan.


"Lagipun, saya enggan mencari publisiti dengan kontroversi yang tidak baik. Biar orang kenal saya dengan kualiti lakonan yang saya pamerkan," katanya.




  



Bercerita mengenai lakonannya dalam #Cheritera, Bella berkata, menerusi sitkom arahan Datuk Jurey itu dia memegang watak sebagai Puteri Bella.


"Ini adalah pengalaman kali pertama saya menjayakan sitkom. Sangat-sangat seronok apabila mendapat peluang ini kerana ia satu pengalaman baru.




  



"Saya juga diajar oleh Datuk Jurey untuk bersahaja dan tidak perlu menjadi orang lain. Cuma saya perlu jadi nakal dan jahat dalam watak ini.


"Namun, secara keseluruhannya saya tidak berdepan kesukaran sebaliknya seronok diberi peluang ini," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:55 AM | Show all posts
I'm getting very old la weh.
Aku x kenal lebih dari separuh nama2 yang masuk dalam bodgos ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:57 AM | Show all posts
Dia ni berlakon tak kayu. Keep it up dik. Belajar molek2 jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:36 AM | Show all posts
badan dia ni jenis senang naik.... kl x jaga... mmg boolat la nnt
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 05:58 PM | Show all posts
kalau betul, baguslah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2021 07:36 PM | Show all posts
Mak aiii namer...makpak duk kg manjoi ka...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh name die amek drpd doa ke ape ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 10:28 PM | Show all posts
kalau saper pun ada nama macam dia pun akan segan terpalit cerita murahan huhu. bagus dik
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kawww dikkkk??? Yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2021 02:08 AM | Show all posts
Salam pembuka! Saya baru saja memasukkan UTC ke kotak kueri Google dan memilih hasil pertama: https://worldtime.pro/id Karena Google mengetahui lokasi saya, perbedaan waktu ditampilkan di bagian bawah layar. Ada juga berbagai menu untuk mengatur waktu saat ini secara virtual di mana saja di Bumi. Saya tinggal di Zona Waktu Timur, saat ini 4 jam di belakang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.622707 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list