CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 2

[Borneo] Kematian kalangan tidak divaksin 20 kali ganda lebih tinggi

[Copy link]
Post time 9-12-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang sudah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi akaun Twitternya Dr Noor Hisham berkata trend kematian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas.

"Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk. Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi mereka yang sudah mendapat dos penggalak adalah empat orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk," katanya.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data Kematian Covid-19 Kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 September dengan 592 kes.

Jumlah kematian tertinggi bagi BID iaitu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital adalah pada 13 September dengan 176 kes.

Katanya, data itu berdasarkan jumlah laporan kematian yang diterima setiap hari.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini bagi tahun 2021 sejumlah 24,014 individu meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID.


Disiarkan pada: Disember 9, 2021 @ 4:12pm
hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 10:47 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 10-12-2021 02:23 PM
Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data Kematian Covid-19 Kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 September dengan 592 kes.

.
Kempen vaksinasi Covid oleh KKM hanya bermula pada akhir Feb 2021. Pada Sep 2021, hanya 50% populasi lengkap vaksin. Kira macam ini, tentulah jumlah kematian Covid di kalangan orang2 tidak vaksin Covid adalah 20 kali ganda lebih tinggi. .......
.




= sila lihat trend dari Jul ke Okt 2021 - pada bulan Okt, lebih kematian Covid di kalangan orang2 lengkap vaksin.
.

.
.


.
= pada 26 Nov 2021, dengan 80% populasi lengkap vaksin, 32 dari 45 kematian Covid adalah lengkap vaksin dan 3 daripada kematian itu sudah menerima dos penggalak Pfizer = hampir semua yang mati Covid adalah orang2 tua berpenyakit/"comorbid".

.
Kalau kita muda dan/atau sihat = mempunyai sistem imun/ketahanan kuat, kita tak perlu takut mati Covid, sama-ada lengkap vaksin atau tidak. Kita mungkin perlu lengkap vaksin untuk berkerja mencari makan, belajar, balik kampung, dll.

....... Setahu saya, vaksin Covid Sinovac berisiko kesan sampingan serius lebih rendah berbanding vaksin Covid  Pfizer dan AZ. spt gumpalan darah/"blood clots", myocarditis, dll.
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:33 AM | Show all posts
ehh adalagi ke tk amik besin?
bukan majoriti dah mati habis disapu kobis bunga?
hampir2 pupus dah hari2 mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072631 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list