View: 1705|Reply: 19
|
Anak Diculik 14 Tahun Lalu Rasa Bersalah Enggan Pulang Ke Pangkuan Keluarga
[Copy link]
|
|
Seorang anak lelaki yang ditemui bapanya selepas diculik selama 14 tahun enggan kembali ke pangkuan keluarga, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Harapan Sun Haiyang dari Hubei, musnah selepas anak lelakinya berusia empat tahun diculik pada 9 Oktober 2007 oleh seorang lelaki yang menawarkan mainan dan makanan ringan kepada mangsa. Penculikan itu berlaku di Shenzhen.
Kredit foto: KTVZ
Selepas anak-beranak itu ditemukan, Haiyang dilihat menangis dan tidak mahu melepaskan anaknya, demikian menurut laporan tempatan.
Sun Zhuo yang kini berumur 18 tahun, bagaimanapun meluahkan rasa bersalah kerana tidak mahu pulang ke rumah ibu bapa kandung setelah hidup bersama keluarga angkatnya.
Bercakap kepada Stesen Televisyen Pusat China, Zhuo berkata: “Saya mempunyai rumah baharu sekarang, tetapi mereka berempat adalah ibu bapa saya.”
Haiyang tidak pernah berputus asa untuk mencari anaknya dan menghabiskan masa bertahun-tahun menawarkan ganjaran dengan menjual hartanahnya.
Dia malah menukar papan tanda kedai roti kukusnya menjadi papan tanda ganjaran dengan menawarkan wang sekitar 200,000 yuan (RM 132,723) untuk sesiapa yang mempunyai maklumat.
Kisah itu diadaptasi menjadi filem bertajuk ‘Dearest’ oleh pengarah dari Hong Kong, Peter Chan dan mendapat anugerah ‘box office’ di negara itu pada 2014.
Haiyang dan isterinya, Peng Siying mempunyai seorang lagi anak yang kini berusia lapan tahun, tetapi tidak pernah memberitahu kanak-kanak itu tentang abangnya.
"Saya kadang-kadang kecewa jika tidak mendapat panggilan telefon selama beberapa hari. Saya malah gembira walaupun ada penipu menelefon untuk memberi petunjuk bagi mendapatkan ganjaran. Sekurang-kurangnya, itu memberi harapan kepada saya," katanya menerusi temu bual di laman Inquirer.net.
Kerjasama polis di Guangdong, Shandong dan Hubei telah berjaya menyatukan semula keluarga itu pada minggu ini.
Sembilan suspek telah ditangkap berhubung penculikan Zhuo dan dua lagi budak lelaki bernama Fu dan Yang.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm.. Kesian parents Beria2 carik, anak tak nak balik |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya
sanggup berkorban utk anak
tapi anak mcm tak menghargai
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya!
Sian both parents
Budak tu pun mesti serba salah dlm hati dia
Masa dia dgn family angkat lebih lama dr family sdr, itu la pasal dia lbh selesa kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa penah baca cerita ni. Yg ayahnya naik motor, menjelajah negara cari anaknya. Ke siaran ulangan? |
|
|
|
|
|
|
|
belah situ byk kan kes ank kena culik..scaryyyy..baik berpisah mati dr hilang tnpa dikesan gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 9-12-2021 08:03 PM
Sedihnya
sanggup berkorban utk anak
tapi anak mcm tak menghargai
Bukan tak menghargai... Tapi kita dah sayang dgn keluarga angkat tu. Keluarga asal tu yg jadi mcm stranger. Kesian kan kalau mcmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:37 PM
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
most likely diculik kemudian dijual untuk dijadikan anak angkat
|
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81: Rasa penah baca cerita ni. Yg ...
Tu kes lain xsilap 24 tahun terpisah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh salahkan anak juga, kalau dah dilayan penuh kasih sayang selama 14 tahun dengan keluarga baru, sejak berusia 4 tahun, apa kenangan dia ada sangat..
Tapi atleast dia akur dia ada 4 parents, balik sambut raya cina bersama ajelah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian parents hujung2 anak tu stay ngan family yg beli dia tuh.. dh ada 2 org anak girl pun gigih beli anak org gara2 nak anak lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya both parent dgn budak laki tu
ni sume salah penculik |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur anak yg diculik tu tak dimasak dan dimakan mcm mkn anjing pesta yu lin |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. tiba2 terpikir.. kat Malaysia sekarang ni ada lagi jual beli bayi ni?
zaman dulu2 ada ler yang aku tau. sekarang tak tau.. mungkin.. ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ttap jugak bad ending, stupid. |
|
|
|
|
|
|
| |
|