CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

Pemain Bola Cedera Rempuh Papan Iklan Ketika Perlawanan

[Copy link]
Post time 9-12-2021 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Aaron Wan-Bissaka dibawa keluar padang selepas melanggar papan iklan ketika Manchester United seri berdepan Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, Manchester.


Pemain pertahanan Red Devils itu melakukan cabaran pada penghujung saingan ketika wisel penamat aksi berkesudahan 1-1.




Pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka (terbaring) dibantu pasukan perubatan selepas melanggar papan iklan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Young Boys di Old Trafford. - Foto ihsan TalkSPORT




Wan-Bissaka dilihat melanggar papan iklan yang memisahkan penonton dan padang dengan dia dilihat mengalami kesakitan selepas itu.


Wujud kebimbangan apabila Wan-Bissaka dibawa keluar dan Ralf Rangnick kini pastinya berpeluh bagi menantikan tahap kecergasan pemain itu.




Kredit foto: AFP




Pemangku pengendali United itu berkata: "Dua kali dia berlanggar - satu di bahagian pergelangan kaki dan satu lagi di lutut.


"Dia dirawat di bilik persalinan tetapi kami perlu melihat situasinya berkaitan dua kecederaan itu esok.







"Tapi saya positif dia boleh melakukanya dalam latihan lusa dan saya harap dia akan menjadi sebahagian pasukan berdepan Norwich (Sabtu)."




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075661 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list