CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 3

[Tempatan] PRN Melaka : Kes positif guru, pelajar meningkat 137 orang

[Copy link]
Post time 9-12-2021 03:03 PM | Show all posts |Read mode
PRN Melaka : Kes positif guru, pelajar meningkat 137 orang

https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... eningkat-137-orang/

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
9 Disember 2021, 2:49 pm


Muhamad Akmal

MELAKA – Jumlah kes positif Kluster Pulau Gadong yang berpunca daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November lalu meningkat daripada 41 kepada 137 orang pelajar dan guru, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jumlah itu diperolehi hasil saringan terhadap 224 pelajar dan guru.

Jelasnya, seramai 137 telah disahkan positif, manakala baki 87 negatif namun telah menjalani tempoh kuarantin sejak 25 November lalu.

“Hari ini kita telah dapat jumlah secara total pelajar dan guru yang telah disaring iaitu seramai 224 orang.

“Daripada jumlah itu seramai 137 disahkan positif dan 87 negatif. Mereka yang negatif juga telah menjalani tempoh kuarantin bermula 25 November lalu,” katanya ketika ditemui di Wisma Persekutuan, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, risiko penularan wabak itu bagaimanapun adalah rendah memandangkan kesemua pelajar dan guru madrasah terbabit berada dalam radius kawasan berkenaan.

“Dia (Covid-19) tidak akan tersebar dalam komuniti dan tamat kuarantin pada 14 Disember ini, kalau ada kes baharu tempoh kuarantin mereka akan dilanjutkan 10 hari lagi.

“Alhamdulillah saya telah pergi ke madrasah berkenaan dan mereka semua berada dalam keadaan sihat di bawah kategori satu dan dua,” katanya.

Tambahnya, ada segelintir menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh MITC dan telah dibenarkan pulang.

Kosmo! pada 6 Disember lalu melaporkan Melaka merekodkan satu kluster baharu berpunca daripada PRN lalu apabila indeks kes merupakan seorang tenaga pengajar di dua buah madrasah terlibat sebagai jentera parti politik.-K! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruskah mak pak berdemo?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau imagine anak kau sihat walafiat kau hantar pegi sekolah, then tiba2 anak kau dapat virus Covid dari cikgu dah vaksin 2 dos.

Kau tak rasa nak berdemo mengamuk? Atau redho akan takdirNya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-12-2021 04:56 PM
Kau imagine anak kau sihat walafiat kau hantar pegi sekolah, then tiba2 anak kau dapat virus Covid d ...

Sek sri puteri cyberjaya xde plak makbapak bhimpun... Pdhal jangkit drpd cikgu cukup dos beksin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.053970 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list