CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 3

Atuk Cipta Rekod Sejam Tak Berkelip Renung Matahari

[Copy link]
Post time 9-12-2021 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas dari India mencipta rekod kebangsaan dengan merenung ke arah Matahari selama sejam secara berterusan tanpa berkelip atau memakai kaca mata, lapor laman berita Oddity Central semalam.


MS Verma, 70, sebelum itu berlatih selama 25 tahun untuk melakukan aksi tersebut selepas mendapat inspirasi daripada seorang pakar kerohanian di negara itu.




Kredit foto: Oddity Central




Percubaannya untuk mencipta rekod tersebut dipantau wakil dari India’s Book of Records serta sekumpulan ahli politik dan pakar perubatan.


Selepas sejam merenung Matahari tanpa berkelip atau memakai kaca mata, penglihatan lelaki itu dan keadaan kesihatan matanya didapati masih normal.


Meskipun pegawai kerajaan pencen itu dilihat tersenyum dan tiada sebarang kesan ke atasnya selepas mencipta rekod tersebut, pakar-pakar memberi amaran bahawa tindakannya yang merenung Matahari secara berterusan itu amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kerosakan retina mata yang tidak dapat dipulihkan.







MS berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang dicipta seorang lelaki, juga dari India beberapa tahun lalu yang merenung Matahari secara terus selama 10 minit.


Dia juga mengakui telah bersiap sedia untuk melakukan aksi yang sama bagi memecah rekod dunia Guinness World Records selepas ini.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 04:27 PM | Show all posts
Aneh2 jer la....
Harap mata tu bley guna lagi ms akan dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Power mata atok ni boleh lawan matahari[em:11:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:41 AM | Show all posts
Dah kena sembah belum?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.513047 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list