View: 1426|Reply: 9
|
Difitnah Adalah Ujian Kecil, Ifa Raziah Tunai Umrah Kali Ketiga
[Copy link]
|
|
Ifa Raziah bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang dan dijemput Allah untuk menunaikan ibadah umrah buat kali ketiga.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, perjalanan umrah kali ini membuatkannya begitu teruja memandangkan rasa rindu yang sangat kuat untuk kembali ke Tanah Suci.
Foto: IG
"Alhamdulillah, dalam jutaan manusia, saya tak sangka saya terpilih oleh Allah untuk kembali ke Tanah Suci dan menunaikan ibadah umrah untuk kali ketiga.
"Saya begitu teruja untuk menunaikan umrah kali ini kerana sangat rindukan Makkah dan Madinah. Lagipun, ini adalah kali pertama saya ke luar negara selepas beberapa tahun tidak dapat melakukannya. Walaupun kerajaan sudah benarkan merentas negeri, saya tetap berada di Kuala Lumpur dan tidak merentas negeri kerana enggan mengambil risiko memandangkan saya memang nak menunaikan umrah," katanya.
Ifa yang berdepan fitnah mengenai proses pelangsingan badan baru-baru ini berkata, itu adalah ujian kecil yang Allah turunkan untuknya sebelum berangkat menunaikan umrah.
"Apa yang berlaku itu adalah ujian dan kalau Allah nak angkat martabat kita, Dia akan berikan ujian. Ini baru sedikit saja," katanya.
Berkongsi mengenai spekulasi netizen yang mendakwa dia menjalani pembedahan 'memotong usus' atau bariatrik untuk kurus, Ifa menjelaskan bahawa itu tidak benar.
"Doktor itu adalah doktor yang merawat saya sejak empat tahun lalu. Pertemuan kami baru-baru ini adalah untuk saya menjalani pemeriksaan kesihatan memandangkan saya akan ke luar negara.
"Doktor itu sendiri sudah sedia maklum dan tahu apa akan berlaku sekiranya dia memuat naik gambar saya bersamanya dan saya sendiri yang izinkan. Seperti dijangka, gambar itu menjadi bualan.
"Namun, tidak ada sebarang kenyataan pun dalam keterangan di gambar itu yang menyatakan bahawa saya membuat pembedahan atau apa. Dia sebaliknya berkongsi rasa bangga kerana melihat kemajuan saya yang berjaya menurunkan berat badan sehingga tujuh kilogram," katanya.
Ifa juga berharap ibadah umrahnya berjalan lancar dan mendoakan agar segala wabak di muka bumi ini terutamanya Covid-19 akan dihapuskan Allah.
Selain Ifa, suaminya Mohd Yani Abdul Rahman dan anak keduanya, Muhammad Shakir Aqili akan bersama dengannya menunaikan umrah. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
xde sapa nk komen? mek komen sikit...
bukan ade kantoi ke doc up kabo betrik tu kerrrr
pitenah ape nyerrrrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpyh di layan lah.
Die mmg nk org layan. Free marketing n advertising.
Lantak la die nk belah bedah buang ape pn.
Bolayan je |
|
|
|
|
|
|
|
Dagu mcm kena sumpahan nenek kebayan. Punyalah runcing sampai muka pun nampak mcm pondan.
Btw, hati2 & semoga dapat keberkatan dalam ibadah umrah tu acik ipah |
|
|
|
|
|
|
|
khennn... nauzubillah min zalik...
tu dagu ke pembuka tin biskut tu? sekali tengok macam dagu pelenyek tin dekat tempat jual besi pun ada....
perasan je kekonon kena fitnah hujung2 rupanya akaun sendiri yang fitnah diri sendiri demi marketing...
badan dia bukan cantik mana pun... waktu bersenam pakai baju tu londeh dan layut sana sini jugak.... tonggekkan pun macam ayam serama...
itu ke yang acik2 nak pitenah? yihhhh... iols expect ala2 victoria's secret angel la ni setakat qokdiang secret angel pun tak lepas (sebab badan che ta lagi letopan)...
|
|
|
|
|
|
|
|
laaa ritu acik pah ni beriya nk cucuk spritzer bkn sbb nk p london kewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Hodoh la dagu macam bola golf gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg bagi gelaran dia diva puk puk? Self proclaimed diva ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 10-12-2021 07:43 AM
"Alhamdulillah, dalam jutaan manusia, saya tak sangka saya terpilih oleh Allah untuk kembali ke Tanah Suci dan menunaikan ibadah umrah untuk kali ketiga.
Salah konsep la perasan tuhan pilih kau camtu. Sebenarnya tuhan uji kau samada selfish atau faham konsep Islam. Patutnya kalau benar2 sedar dan xselfish ko xpergi tp sponsor org yg belum pergi. Even haji pun xde makna pergi banyak kali. Kalau mampu nak pergi lagi, leboh afdal sponsor orang lain yg xmampu pergi. Dahlah meriak. Pastu pepandai je boleh tahu fikiran tuhan. Xtakut jatuh fitnah kat tuhan ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|