View: 989|Reply: 9
|
Profesor Perubatan Bunuh Anak Isteri Sebab Takut Dengan Omicron
[Copy link]
|
|
Bangalore: Takutkan varian Omicron menyebabkan seorang profesor perubatan di India membunuh isteri dan dua anaknya bagi 'membebaskan' mereka daripada kesakitan.
Kejadian ngeri itu dilapor berlaku di Apartmen Divinity di Indiranagar, timur Bangalore dengan tertuduh dikenali Dr Sushil Kumar.
Profesor perubatan forensik bertugas di Kolej Perubatan Rama itu turut menghubungi adik lelakinya selepas insiden dan memintanya memaklumkan kejadian kepada pihak polis.
 Gambar Hiasan
India Times melaporkan mangsa adalah isteri Sushil, Chandraprabha, 48, anak lelaki, Shikhar, 18 dan anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun.
Polis menemui nota dipercayai ditulis Sushil yang berbunyi, "saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron."
Sushil juga memaklumkan yang tindakannya semata-mata 'membebaskan semua orang daripada kesakitan'.
Apabila adiknya yang bekerja di pusat kesihatan awam tiba, dia menemui kakak ipar, anak saudara lelaki dan perempuan terbaring dengan tukul yang dipercayai digunakan membunuh mereka terletak berhampiran.
Omicron adalah varian baharu Covid-19 yang menjadi ancaman terbesar kerana dikatakan lebih berbahaya daripada varian sedia ada.
Sekurang-kurangnya lima kes varian itu dikesan di India dan tiada kematian dilaporkan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis menemui nota dipercayai ditulis Sushil yang berbunyi, "saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron." |
|
|
|
|
|
|
|
Dr dah ting tong fobia tak tentu hala elok dia je dicampak masuk mental spital |
|
|
|
|
|
|
|
saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron."
Sekurang-kurangnya lima kes varian itu dikesan di India dan tiada kematian dilaporkan.
Ini bukan brainwash tetapi benak.... Keluarga sendiri jadi mangsa... Jika burnout pun cari lah pakar pulih kan semula mental....
|
|
|
|
|
|
|
|
fobia virus ke atau aefi vaksin sampai sakit mental paranoid? |
|
|
|
|
|
|
|
ptsd maybe? only can imagine what the medical team had to go thru waktu india kritikal dgn covid cases. mayat2 bergelimpangan mcm ww1&2, nazak dan separa nazak terseksa.. diorg la yy witness firsthand. dah terlampau trauma plus exhaustion |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz replied at 12-12-2021 07:21 AM
ptsd maybe? only can imagine what the medical team had to go thru waktu india kritikal dgn covid cas ...
Kan? Simpati baca berita ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit mental lagi bahaya daripada virus |
|
|
|
|
|
|
|
heols dh vaksin belom? ke jd gitu sbb vaksin...vaksin jgk yg dipersalahkan...rip |
|
|
|
|
|
|
| |
|