CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 422|Reply: 3

Pemandu Digantung Tugas Kerana Hentikan Kereta Api Demi Beli Yogurt

[Copy link]
Post time 8-12-2021 07:08 PM | Show all posts |Read mode
LAHORE: Seorang pemandu kereta api antara bandar digantung tugas selepas didakwa menghentikan pengangkutan itu tanpa mengikut jadual semata-mata untuk membeli yogurt.


Satu video tular menunjukkan pemandu tersebut menghentikan pengangkutan dan turun membeli yogurt di sebuah gerai tepi jalan sebelum kembali ke dalam gerabak dan meneruskan perjalanan.




Kredit foto: Twitter




Insiden berlaku pada Isnin lalu itu menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan dan perundangan pengangkutan kereta api di negara ini, lapor AFP.


Jurucakap kementerian landasan kereta api, Syed Ijaz-ul-Hassan Shah berkata, tindakan pemandu itu yang menghentikan kereta api di tengah-tengah landasan mencetuskan pelbagai isu, terutamanya soal keselamatan.


“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kejadian ini kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang,” katanya.





FB/Twitter



Ketika kejadian, kereta api itu dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.


Dalam pada itu, Menteri Landasan Kereta Api, Azam Khan Swati memberi amaran bahawa ‘mana-mana pihak tidak boleh menggunakan aset negara secara sesuka hati untuk kepentingan sendiri’.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 03:14 AM | Show all posts
isteri dia kirim tu...husnuzon lh skit
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara ramai rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:14 AM | Show all posts
Tajuk clickbait sgt
Tulis la pemandu ketapi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-8-2022 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.087951 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list