View: 2156|Reply: 20
|
10 Tahun Jadi Hamba Dadah, Khayal Sampai Terberanak Tepi Jalan
[Copy link]
|
|
Klang: Najis dadah tidak hanya menjahanamkan masa depannya malah pernah menyebabkan wanita ini melahirkan bayi perempuan dalam keadaan khayal di tepi jalan.
Itu antara titik hitam dilalui seorang penagih tegar wanita berusia 24 tahun yang dipercayai menjadi 'hamba' najis dadah sejak 10 tahun lalu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mendakwa mula menjadi 'mayat hidup' selepas terjebak dengan penagihan dadah ketika masih di bangku sekolah.
Foto: Harian Metro
"Saya mula kenal (dadah) seawal usia 14 tahun. Ketika itu saya terperangkap dengan ajakan rakan. Pelbagai jenis dadah yang saya cuba hingga akhirnya saya mengalami ketagihan teruk.
"Dadah yang saya ambil itu bukan hanya merosakkan tubuh malah otak saya turut terjejas. Saya sukar fokus dan mudah hilang pertimbangan," katanya.
Menurutnya, paling menyedihkan apabila dia hidup merempat dan hilang kasih sayang keluarga akibat terjebak dengan penagihan dadah syabu.
"Malah sebelum melahirkan bayi baru-baru ini, saya sempat menjual telefon pintar kepada penduduk sekitar Flat Sri Perantau di sini, untuk modal membeli dadah," katanya.
Dia berkata, kesan khayal dadah dirasai menyebabkan dia 'terberanak' di atas jalan.
"Mujur penduduk di sekitar flat itu segera memberi bantuan sebelum menghubungi ambulans. Saya kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
"Nasihat saya kepada wanita di luar sana, jangan ikut perangai saya. Buang masa dan buang duit," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro menerusi Program Ziarah Prihatin dan Majlis Perasmian Papan Tanda bagi Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di sini, semalam.
Menurutnya, dia yang masih meneruskan ketagihan dadah selepas keluar dari hospital bagaimanapun ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor menerusi Ops Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) di sekitar flat berkenaan baru-baru ini.
Sementara itu salah seorang penduduk di Flat Sri Perantau yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 30, berkata, dia kerap terserempak Siti yang berada dalam keadaan khayal dadah.
"Dia tidak agresif atau mengganggu penduduk meskipun dalam keadaan 'lalok'. Malah ketika ditahan AADK, dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.
"Wanita itu memberitahu bayi yang baru dilahirkannya berada di rumah ibu saudaranya di kawasan ini.
"Melihat keadaan Siti, ramai penduduk di sini bimbang kesan dadah diambil turut mengganggu kesihatan mental ibu muda itu," katanya.
Menurutnya, wanita itu kerap ditemui tertidur di tepi tangga bawah blok flat berkenaan dalam keadaan tidak terurus.
"Ada juga penduduk beri dia makanan. Kami memang terkejut apabila dia melahirkan bayi di atas jalan. Mujur dia dan bayinya itu sempat diselamatkan," katanya.
Seorang lagi Orang Kena Tahan (OKT) berusia 16 tahun mendakwa terjebak dadah selepas kerap 'dibelanja' oleh rakan-rakan yang mendiami flat itu sejak dua tahun lalu.
Dia juga mendakwa tidak perlu mengeluarkan wang sendiri kerana sebahagian besar 'ubat penenang jiwa' itu diperolehi percuma.
"Mula-mula cuba sahaja namun rakan-rakan bagi saja (dadah percuma), tidak minta duit saya malah rokok pun rakan bagi.
"Saya ambil (dadah jenis syabu) seminggu sekali dengan port sekitar semak di kawasan berhampiran flat berkenaan," katanya.
Katanya lagi, akibat aktiviti penagihan itu, menyebabkan dia semakin malas ke sekolah malah tidak dapat fokus dalam pelajaran hingga tidak ke sekolah.
Komited bantu OKP bebas dadah
Klang: Usaha tanpa kenal lelah. Dedikasi itu dibuktikan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang terus memberikan perhatian terhadap 500 bekas penagih atau orang kena pengawasan (OKP) di Selangor bagi memastikan mereka pulih sepenuhnya.
Golongan penagih dadah itu yang diletakkan di bawah pengawasan AADK dipastikan menjalani kehidupan baik dan benar-benar meninggalkan dadah.
Pengarah AADK Selangor, Nazir Mohamad berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan agensi berkaitan lain menyantuni golongan ini menerusi pelbagai usaha termasuk program Ziarah Ihsan.
Menurutnya, AADK tanpa putus asa memperhalusi setiap masalah yang dihadapi bukan sahaja penagih malah kebajikan keluarga golongan ini dari pelbagai sudut.
"Kira-kira 500 OKP yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi kita buat Ziarah Ihsan apabila kita ke rumah OKP untuk bantu mereka dan keluarga mereka termasuk bantuan keperluan asas dikumpulkan dari pelbagai pihak.
"Kami juga mendapati, mereka yang terbabit dalam masalah penagihan ini kebanyakan terkebelakang berbanding orang lain kerana mereka tidak tahu hendak minta bantuan daripada siapa?
"Mereka tidak tahu agensi mana boleh bantu keluarga mereka, hendak rujuk siapa malah ada dalam kalangan mereka tidak tahu macam mana hendak menguruskan pendaftaran anak masuk sekolah darjah satu," katanya ketika ditemui Program Ziarah Prihatin dan Majlis Perasmian Papan Tanda bagi Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di Flat Sri Perantau di sini,
Nazir berkata, melihat kepada isu itu, pihaknya melaksanakan advokasi dan membantu semua OKP yang terkesan ini.
"Ada di antara mereka tidak tahu peluang yang ada, contohnya dia layak bantuan tetapi tidak tahu di mana hendak mohon. Jadi peranan kami menyalurkan mereka kepada agensi berkaitan, agensi itu akan bantu.
"Kita bantu mereka supaya apa sahaja masalah di belakang mereka kita tangani. Maksudnya pendekatan kita ini lebih kepada keperluan kemanusiaan setiap OKP yang memerlukan bantuan juga keperluan asas mereka," katanya.
Mengulas lanjut katanya, selain OKP yang terkesan akibat pandemik Covid-19, pihaknya juga sentiasa mengadakan lawatan ke rumah OKP seluruh Selangor bersama komuniti setempat.
Menurutnya, jumlah terkini OKP di seluruh Selangor adalah 4,920 sehingga akhir September lalu.
"Di Selangor, kadar pemulihan sudah mencapai 75 peratus daripada 4,920 OKP kekal pulih dalam tempoh dua tahun pengawasan," katanya.
Beliau berkata, daripada jumlah 4,920 itu golongan belia adalah tertinggi terbabit dalam penagihan dadah di Selangor iaitu 3,393 yang berumur 19 hingga 39 tahun.
Katanya, seramai 1,485 OKP berumur lebih 40 tahun manakala 42 OKP berumur 13 tahun hingga 18 tahun. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
acaner bleh termengandung ni kak siti oii?ke time lalok ada mamat merogol chuollss ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa panggil najis dadah?
Dadah tu kan ubat. Yang bodoh manusia pi salah guna tak pasal2 ubat jadi najis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak tu..dah lahir tu kangg mcm2 penyakit kesan dari mak dadaah pregnant |
|
|
|
|
|
|
|
byk pulak duit kau membeli dadah... ajakan kawan sekalipun, masing2 ada otak. fikirla mana terbaik untuk diri |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya klangtan..baru asyik ngutuk. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah terbaca luahan hati seorang doktor wad bersalin. Sheols sambut kelahiran bayi yang ibunya adalah penagih dadah. Masa beranak tu dia tengah high. So dia tak sedar. Pastu baby tu pun masa baru lahir terus menggigil-gigil macam orang sangap tak dapat dadah tu la. So doktor tu terpaksa injek apabenda entah kat baby tu nak bagi dia elok. Efek dia baby tu pon gian sama. Kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
sian baby tu.....tp kuasa allah tu maha hebat kan...baby boleh survive dalam condition ibunya begitu. while org lain aman2 ja jaga makan semua pun mudah gugur
|
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 8-12-2021 03:50 PM
byk pulak duit kau membeli dadah... ajakan kawan sekalipun, masing2 ada otak. fikirla mana terbaik u ...
i rasa dia xbeli pkai duit.. dia kangkang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penagih tegar ni biar kurung 6 bulan. Bagi makan minum je macam solitary confinement. Kalau lepas a few weeks dah ok sikit baru bagi access benda lain sikit buku ke, tv ke radio ke. Dah elok skit bagi ambik angin exercise. Buat apa nak kesian, depa sendiri pun tak kesian kat diri & keluarga sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian baby..dah lalok teruk, camna lah nak kasik baby makan tak kerja, tidor pun bersepah |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kalau tak blh hiduo tanpa dadah, baiklah ko gi buang rahim je...kesian baby2 yg ko lahirkn tu..sama ada semenggah atau x semenggah mcm ko jgk..jgn selfish..manusia mcm ko tak layak lahirkn baby |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk sgt dh tu, masokkan dia kt pusat aklak plz |
|
|
|
|
|
|
|
hrp baby sihat dan tidak ketagihan .... macamana agaknya background famili kalo umo 14 dah kenal dadah .... please get better, u dah jadi ibu ... |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa curious nak tengok anak dia macma mana
sihat ke sakit ke cukup sifat ke
sebab recently dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni
ada banyak kes mak bapak sihat tapi baby kanser / tumor.
|
|
|
|
|
|
|
|
i rasa dia kena rogol.
sama ada yang merogol tu geng2 dadah
atau yang lalu lalang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Belia benci dada katanya |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan ..asalnya syurga...dijemput turun ke bumi..keluar keluar dari rahim emak yg kaki dadah...
eloklah baby ni allah ambik balik naik atas sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lalok MCM mana baby tu boleh keluar? Lalok2 boleh terasa nak teran ke. Huntonglah sheols tak merasa kontraksi yang lebih separuh nak mati ittew. Tahu2 BBY dah keluar. Bahaya juga perempuan lalok2 ni. Senang dirogol.adui dekk. maruah ko mana dekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|