Bersempena ulang tahun kelahiran aktres Lana Nodin, pelakon Lisdawati melayangkan ucapan istimewa buat rakan artisnya itu yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Kredit foto: IG Lisdawati
Meski sudah berjauhan, namun ingatan tulus doa dari bintang KL Menjerit itu buat Lana kekal terpahat.
Kredit foto: IG Lisdawati
Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, meski jarang berjumpa, namun mereka masih tetap berhubung.
Kredit foto: IG Lana
"Kita tak selalu jumpa tapi KITA ADA. Tak selalu bercerita tapi ADA RAHSIA.
“Iya, luaran tak cerminan dalaman tapi Insya-Allah pelan-pelan kayuh ye sahabat sementara masih ada WAKTU,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Kredit foto: IG Lana
Sekadar informasi, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin sekeluarga telah berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat sekitar September lalu.
Sumber: Media Hiburan
|