View: 1182|Reply: 4
|
Harga RM8 Ribu Lebih, Rasa Stik Daging Disalut Emas Hanya Seperti Stik Biasa Je
[Copy link]
|
|
London: Chef selebriti, Salt Bae akhirnya membuat pengakuan salutan emas yang sering dibalut bersama hidangan stik daging tidak memberikan sebarang perubahan terhadap citarasa makanan tersebut.
Pemilik restoran Nusr-Et Steakhouse yang menyediakan hidangan stik daging terbaik di dunia itu menerima kecaman sebelum ini, kerana menjual hidangan mencecah harga lima angka.
Menu itu merangkumi 850 pound (RM4,752) daging stik yang dibalut dengan emas, 100 pound (RM561) bagi burger dan minuman air tin coca-cola sembilan pound (RM58).
 Foto: Google
Hidangan paling popular adalah stik Tomahawk yang dibalut dengan salutan emas mencecah harga 1,450 pound (RM8,107).
“Ia langsung tidak menambah citarasa atau mengubah kualiti hidangan tersebut.
“Namun, stik daging emas adalah sesuatu yang berbeza dan terbaik di London,” katanya.
Restoran tersebut turut menyediakan hidangan salad yang digaul bersama emas sekiranya anda mampu menempahnya.
Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce adalah seorang chef Turki dan personaliti media sosial menjadi terkenal kerana aksinya menabur garam di atas hidangan stik.-CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
tanya la jemin al jujub
heols kan baru balik dr mentakedarah... siap order menu terpaling sbb si salt bae ni yg serve 
dah le mentakedarah anak beranak,,, rakyat mesia skang ni nak beli kangkung sawi pun berkira2 oiii
hanatttt ! |
|
|
|
|
|
|
|
lg mahal la steak tomahawk gold ni kat malaysia. baru ni nampak rm 8888 n gold nya x cover rapat2 mcm salt bae ni punya pun. |
|
|
|
|
|
|
|
stik balut emas..pembaziran betul |
|
|
|
|
|
|
|
Nnt membuang masuk loji kumbahan jugak....klau keluar jongkong emas berbaloi la jugak makan steak 8k tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|