CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 2

Minta Rujuk Sebab Tak Tahan Tengok Isteri Sakit Tenat

[Copy link]
Post time 7-12-2021 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.


Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.




Kredit foto: Detik




Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.


Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan.


Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.


Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia.


Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.




Kredit foto: Detik




Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.


Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.


Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya.


Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya.




Sumber: Utusan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kat negara isketambola, tak cukup kaki si suami cabut lari siap famili dah cari lain sebab kesian kat si suami bila bini sakit takleh layan makan minum semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 12:17 PM | Show all posts
Bau ikan kuat ni.. nak claim insuran nyawa kott eyh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.247867 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list