CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 2

Dua Lelaki Cedera Dilibas Parang Sebab Tegur Rakan Tendang Tayar Kereta

[Copy link]
Post time 6-12-2021 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Akibat dendam dan tidak berpuas hati ditegur rakan kerana menendang kenderaan sendiri, seorang lelaki melibas parang ke arah dua lelaki bersaudara sehingga menyebabkan telinga seorang daripada mangsa hampir putus.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pada jam 7.40 pagi semalam, mangsa pertama yang berusia 24 tahun itu pada mulanya melihat suspek dalam keadaan marah.




Gambar hiasan




"Mangsa ketika itu hendak pergi kerja melihat suspek sedang menendang tayar keretanya dalam keadaan marah sebelum menegur tindakan dilakukan lelaki berkenaan.


"Kemudian berlakunya pertengkaran antara kedua-dua mereka. Namun pada jam 12 tengah hari ketika mangsa dan saudaranya yang berusia 41 tahun, sedang berehat di tempat letak motosikal di bawah blok rumah, mereka didatangi suspek yang membonceng motosikal ditunggang seorang remaja berusia 13 tahun.


"Suspek secara tiba-tiba mengeluarkan parang dan terus melibaskan ke arah kedua-dua mangsa sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media mengenai Ops Roda yang dilaksanakan oleh Balai Polis Cyberjaya, hari ini.


Berikutan itu, Wan Kamarul berkata, mangsa pertama mengalami patah tulang tangan kanan, manakala mangsa kedua pula mendapat kecederaan di telinga kiri iaitu hampir putus dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.


Beliau berkata ketangkasan pihaknya berjaya menahan suspek berusia 28 tahun yang berada di pusat beli belah berdekatan Kota Warisan.


"Hasil siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau. Bagaimanapun, parang atau senjata yang digunakan oleh suspek yang dibuang di tempat kejadian masih belum ditemui. Suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2021 07:06 PM | Show all posts
Bahaya ada kawan baran kuat main parang macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 08:22 AM | Show all posts
apelaaaa.. baran x kena tempat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.096292 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list