View: 812|Reply: 6
|
Pakai Tudung Pun Jadi Isu Kata Pancing Undi? - Mujahid
[Copy link]
|
|
“Tak pakai tudung kata tak hormat masjid, pakai tudung kata pancing undi, lebih-lebih la…”
Demikian tegur bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai kritikan terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempertahankan tindakan beliau yang memakai tudung ketika berada di sebuah masjid, baru-baru ini.
Kredit foto: FB
Dalam hantaran terbaharunya di Twitter, Mujahid menambah: “Tak ada pula yang puji masjid buat open day (hari terbuka) untuk semua orang.
“Yang jadi isu, Hannah Yeoh pakai tudung, berjela-jela artikel. Tudung pula jadi masalah?”
Kredit foto: FB
Semalam, Hannah memberitahu, tindakan menutup kepala di dalam masjid tidak akan mengubah bangsa dan agama beliau sendiri.
Menurut beliau, semua pihak perlu mempertahankan dan berjuang untuk Malaysia yang mengamalkan corak pendekatan sederhana dan negara ini bukan untuknya seorang sahaja, tetapi untuk orang lain.
“Hormati mereka di sekeliling anda dan terapkan nilai kebaikan ini kepada jiran-jiran anda. Sikap mementingkan diri sendiri hanyalah resipi bencana yang lebih besar.
“Sampaikan suara rakyat Malaysia yang sederhana supaya ianya bergema kuat di tempat kerja, kawasan kejiranan, ketika pertemuaan bersama keluarga, tempat ibadat dan melalui media sosial kita.
Kredit foto: FB
“Saya akan terus memakai selendang dengan sewajarnya,” katanya.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
dengar je masjid open day terus menggelupuh macam mana nak exploit for political gain kan? hiks |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada 100 kepala macam Rina Harun pegang 1 kementerian,
lebih baik 1 kepala macam Hannah Yeoh saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 politician pun mmg akan pikir benda utk political gain, so xyah nk nglupo lah
Dah nama pun politician, mmg hidup dorg berkisar political mileage
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab dia kapir Cina, tengok kapir kokesen ditatang disambut masok masejid semua. Igama molayoo kan |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tutup kelemahan Rina yang dah ala ala model tu..spin cerita hannah |
|
|
|
|
|
|
|
xde isu..pon...sb xde sapa boleh 'baca' niat dia.Segalanya mungkin...sahaja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|